AMALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN OLEH PEKERJA DI GMP MEDICARE SDN BHD

MOHD SAPERAN, NUR SYAFIKA AMALINA (2017) AMALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN OLEH PEKERJA DI GMP MEDICARE SDN BHD. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (NUR SYAFIKA AMALINA BT MOHD SAPERAN AP140167)
25. NUR SYAFIKA AMALINA BT MOHD SAPERAN.pdf

Download (494kB) | Preview

Abstract

Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 (Akta 514) yang telah dikuatkuasakan sejak 1994 menfokuskan tentang sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang betul. Ia menyediakan rangka perundangan untuk memupuk, merangsang dan menggalakkan mutu keselamatan yang tinggi di tempat kerja dengan meletakkan tanggungjawab dalam menekankan keselamtan dan kesihatan pekerjaan kepada pihak tertentu. Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA) sangat penting bagi meningkatkan budaya kerja selamat di tempat kerja dan bagi meningkatkan kesedaran para pekerja tentang OSH. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran pekerja dan pengurus terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kaedah kuanlitatif digunakan dalam kajian ini melalui kaedah pemerhatian awal keadaan di kilang GMP Medicare Sdn Bhd dan mengedarkan borang soalselidik kepada para pekerja kilang GMP Medicare Sdn Bhd tentang pengurusan yang digunakan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja lebih terjamin. Skala Likert akan digunakan dalam kajian ini untuk mengetahui tahap kesedaran pekerja di kilang tersebut. Terdapat 123 responden yang akan disoalselidik dan data yang diperolehi di analisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS). Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan amat penting untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih teratur dan selamat.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:21
Last Modified: 05 Mar 2018 10:21
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/420

Actions (login required)

View Item View Item