PENGURUSAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN KAJIAN KES : MUZIUM PERAK, TAIPING

JAINI, NUR ASHIKIN (2017) PENGURUSAN PEMULIHARAAN BANGUNAN WARISAN KAJIAN KES : MUZIUM PERAK, TAIPING. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NUR ASHIKIN JAINI AP140209 (24 PAGES).pdf

Download (433kB) | Preview

Abstract

Muzium Perak, Taiping adalah salah satu bangunan warisan yang merupakan aset kepada negara. Bagi mengekalkan bangunan ini, pemuliharaan bangunan warisan hendaklah dijalankan untuk menjamin keutuhannya dari segi reka bentuk dan nilai keseniannya. Sehubungan dengan itu, objektif dalam kajian ini adalah mengkaji pengurusan pemuliharaan bangunan warisan iaitu Muzium Perak, Taiping. Objektif kedua adalah mengenalpasti masalah-masalah yang timbul dalam pelaksanaan pengurusan pemuliharaan bangunan Muzium Perak, Taiping. Skop kajian adalah terhad kepada pengurusan pemuliharaan bangunan warisan Muzium Perak, Taiping serta masalah-masalah yang timbul ketika pemuliharaan bangunan dijalankan. Kaedah yang dijalankan adalah kaedah pemerhatian iaitu dengan mengambil gambar bangunan Muzium Perak, Taiping dan melalui temubual daripada pihak pengurusan bangunan serta pencarian maklumat daripada hasil kajian dokumen terdahulu. Jenis analisis yang diguna pakai adalah kaedah ‘content analysis’. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan pengurusan pemuliharaan bangunan warisan dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan berdasarkan rangka kerja pemuliharaan bangunan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan terdapat lima masalah-masalah yang timbul semasa pemuliharaan bangunan dijalankan iaitu masalah bahan binaan, masalah kos yang tinggi, masalah kekangan masa, kecacatan pada pintu dan tingkap serta kecacatan pada dinding dan tangga.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Pengurusan, Bangunan warisan, Pemuliharaan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 28 Feb 2018 09:42
Last Modified: 28 Feb 2018 09:42
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/434

Actions (login required)

View Item View Item