PERBANDINGAN ANTARA HASIL PENGELUARAN MODEL SIMULASI DAN PENGELUARAN SEBENAR DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI “ARENA SIMULATION”

SAMSURI, NOR ALIA FATIN (2017) PERBANDINGAN ANTARA HASIL PENGELUARAN MODEL SIMULASI DAN PENGELUARAN SEBENAR DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI “ARENA SIMULATION”. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
2. Nor Alia Fatin Binti samsuri AP140116.pdf

Download (375kB) | Preview

Abstract

Industri pembuatan tidak akan lari daripada menghadapi masalah yang melibatkan perjalanan proses pembuatan, antaranya masalah pemodelan terhadap susun atur setiap proses kerja. Kajian sebelum ini banyak mengkaji tentang susun atur dan penambahbaikan yang dibuat untuk melicinkan setiap proses kerja. Walaubagaimanapun kajian lepas tidak banyak membicarakan tentang kepentingan kaedah yang digunakan dalam proses pemodelan atau susun atur dengan lebih terperinci seperti penggunaan kaedah simulasi. Oleh itu, tujuan utama kajian ini dilakukan ialah untuk melihat perbandingan terhadap pengeluaran diantara model simulasi dan pengeluaran sebenar berasaskan penggunaan mesin penghantar (conveyor) dengan menggunakan simulasi dari aplikasi ARENA. Dalam kajian ini kaedah temubual telah dibuat yang melibatkan 2 orang pekerja dibahagian pengeluaran dan operasi di syarikat JALEN Sdn. Bhd. Selain itu kaedah eksperimen juga dibuat untuk mengesan masa yang digunakan untuk setiap proses. Hasil dapatan temubual mendapati bahawa kekurangan dalam kaedah yang digunakan untuk mengesan permasalah yang melibatkan susun atur dan hasil dapatan melalui eksperimen menunjukkan bahawa masa pembuatan tidak seiring dengan penghasilan produk. Penggunakan kaedah simulasi ARENA ini penting kerana aplikasi ini dapat mencipta suatu gambaran tentang pergerakan sebuah proses dengan hasil simulasi yang lebih teratur dan tepat.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: T Technology > TS Manufactures
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:36
Last Modified: 07 Mar 2018 09:36
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/439

Actions (login required)

View Item View Item