KAJIAN PENANAMAN TUMBUHAN SEKITAR BANGUNAN DI KAWASAN BATU PAHAT

Ismal, nor dini (2017) KAJIAN PENANAMAN TUMBUHAN SEKITAR BANGUNAN DI KAWASAN BATU PAHAT. Other thesis, universiti tun hussien inn malaysia.

[img]
Preview
Text
seminar paper 2.pdf

Download (706kB) | Preview

Abstract

Penanaman tumbuhan sekitar bangunan adalah satu alternatif bagi mengurangkan suhu pada bangunan dan sekitar kawasan tersebut. Penanaman tumbuhan pada bangunan juga dapat mengawal suhu panas pada bangunan dan menjadi kawasan teduhan daripada silau panas matahari. Penanaman tumbuhan dapat memberi banyak manfaat kepada manusia dan suhu kawasan bangunan tersebut. Seterusnya, objektif yang telah dikaji dalam kajian ini adalah kepentingan penanaman tumbuhan sekitar bangunan, perbandingan persepsi pengguna bangunan terhadap penanaman tumbuhan sekitar bangunan serta langkah-langkah meningkatkan penanaman tumbuhan sekitar bangunan. Kajian ini melibatkan 86 pengunjung atau orang awam yang berada di sekitar bangunan tersebut untuk mencapai objektif kajian. Dalam proses pengumpulan data, responden yang terlibat terdiri daripada populasi pengunjung yang berada sekitar bangunan tersebut. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kuantitatif iaitu menggunakan kaedah borang soal selidik, dan diedarkan sekitar kawasan yang dikaji. Bagi kaedah kualitatif pula adalah kaedah menemu bual untuk mendapatkan maklumat latar belakang bangunan kajian tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa penanaman tumbuhan di sekitar bangunan dapat mengurangkan masalah pada manusia dan kawasan sekitar tersebut dan meningkatkan tahap kesedaran terhadap penggunaan tumbuhan di kawasan bangunan yang kosong tanpa penanaman tumbuhan hijau. Ini membuktikan bahawa penggunaan tumbuhan di sekitar bangunan lebih baik dan dapat mengurangkan masalah pandangan dan udara yang lebih nyaman.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:21
Last Modified: 05 Mar 2018 16:21
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/44

Actions (login required)

View Item View Item