KESAN PENGGUNAAN AUTOMASI TERHADAP PRESTASI KERJA OPERATOR PENGELUARAN DI SYARIKAT JALEN SDN. BHD.

MOHD FUAT, NOR NADIA (2017) KESAN PENGGUNAAN AUTOMASI TERHADAP PRESTASI KERJA OPERATOR PENGELUARAN DI SYARIKAT JALEN SDN. BHD. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
nor nadia bt mohd fuat (ap140053).pdf

Download (538kB) | Preview

Abstract

Persaingan yang hebat antara syarikat pembuatan masa kini memberi tekanan kepada setiap syarikat mencari jalan untuk terus kekal berdaya saing. Satu cara untuk memastikan syarikat terus kekal dalam persaingan adalah melalui peningkatan kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan dengan menggunakan automasi. Kajian ini adalah untuk mengkaji tentang hubungan penggunaan automasi industri dengan prestasi kerja di Syarikat Jalen Sdn. Bhd. Terdapat lima aspek yang difokuskan dalam kajian ini untuk mengenal pasti hubungan penggunaan automasi industri dengan prestasi kerja iaitu aspek kecekapan, sikap, kepuasan, kesesuaian dan kepercayaan menggunakan automasi industri. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrument utama. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah operator pengeluaran dari bahagian barisan pengeluaran di Syarikat Jalen Sdn. Bhd. Hasil dapatan kajian menunjukkan aspek penggunaan automasi industri oleh responden secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi dari aspek kecekapan, sikap, kepuasan, kesesuaian dan kepercayaan menggunakan automasi industri. Analisis terhadap prestasi kerja operator menunjukkan bahawa majoriti responden berada pada tahap tinggi dengan nilai min 4.01. Dapatan kajian juga menunjukkan ada hubungan positif antara aspek kecekapan, sikap, kepuasan, kesesuaian dan kepercayaan dalam penggunaan automasi dengan prestasi kerja.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: T Technology > TS Manufactures
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Te Chuan Lee
Date Deposited: 07 Mar 2018 09:46
Last Modified: 07 Mar 2018 09:46
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/441

Actions (login required)

View Item View Item