ASPEK PSIKOSOSIAL DALAM PERUMAHAN MAMPU MILIK DI WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR MALAYSIA

Yahya, Mohd Shafiq Fikri (2018) ASPEK PSIKOSOSIAL DALAM PERUMAHAN MAMPU MILIK DI WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR MALAYSIA. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
M SHAFIQ FIKRI_25PAGE.pdf - Published Version

Download (543kB) | Preview

Abstract

Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia telah diwartakan bakal menjadi sebuah bandar futuristik pada tahun 2025 meliputi pelbagai jenis pembangunan. Perumahan Mampu Milik (PMM) yang diperkenalkan merupakan suatu usaha memenuhi keperluan golongan sasaran bagi memastikan pembangunan yang berlaku memberi manfaat kepada masyarakat. Disebabkan pembangunan yang berlaku adalah berfokuskan kepada kepentingan masyarakat, aspek psikososial merupakan salah satu pandangan dan pengalaman masyarakat terhadap persekitaran yang dialami. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan terhadap aspek psikososial dalam PMM serta mengukur perbezaan tahap kepuasan terhadap aspek psikososial dalam PMM mengikut jenis rumah di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia. Data kajian ini diperolehi melalui kaedah kuantitatif yang diperolehi melalui pengedaran borang soal selidik kepada masyarakat yang mendiami PMM dan perolehan data daripada sumber rujukan. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah deskriptif bagi menjawab persoalan bagaimanakah tahap kepuasan terhadap aspek psikososial dalam PMM manakala kaedah perbandingan min melalui kaedah Anova digunakan bagi menjawab persoalan adakah wujud perbezaan signifikan terhadap aspek psikososial berdasarkan jenis rumah. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penghuni PMM mencapai tahap kepuasan tertinggi bagi ciri lengkap dan berkualiti namun sedemikian ciri mencukupi dan mampu dimiliki mencapai tahap kepuasan terendah. Tiada perbezaan signifikan antara aspek psikososial dalam PMM berdasarkan rumah pangsa, rumah teres satu tingkat dan rumah teres dua tingkat. Secara keseluruhan, PMM memerlukan banyak peningkatan di dalam aspek psikososial berkaitan penawaran bilangan PMM kepada masyarakat yang masih mengalami fenomena kekurangan rumah. Perbezaan jenis rumah didapati tidak memberi perbezaan kepada kepuasan penghuni.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Aspek Psikososial; Perumahan Mampu Milik; Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > HB Economic Theory
H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 08 Mar 2018 23:02
Last Modified: 08 Mar 2018 23:02
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/442

Actions (login required)

View Item View Item