KAJIAN KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DI TELUK INTAN, PERAK.

HANIF, NOOR AMIRA (2017) KAJIAN KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DI TELUK INTAN, PERAK. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NOOR AMIRA BINTI HANIF AP140089 (24 pages).pdf

Download (464kB) | Preview

Abstract

Dalam era globalisasi ini, kejadian kes jenayah yang berlaku semakin membimbangkan dan Program Bandar Selamat (PBS) merupakan konsep baru yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia sejak tahun 2004 untuk mencegah kegiatan jenayah agar bandar yang selamat dapat diwujudkan. Peningkatan kadar jenayah telah memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat khususnya dari aspek keselamatan mereka. Terdapat dua objektif dalam kajian ini, pertamanya adalah mengenalpasti ciri-ciri keselamatan yang terdapat di kawasan bandar Teluk Intan, Perak. Keduanya, mengkaji persepsi masyarakat terhadap “Program Bandar Selamat”. Selain itu, skop kajian ini adalah terhad kepada ciri-ciri keselamatan untuk menangani masalah jenayah yang terdapat di kawasan Teluk Intan serta persepsi masyarakat terhadap Program Bandar Selamat dan responden yang terdiri daripada pegawai Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) juga penduduk di kawasan bandar tersebut. Kaedah methodologi yang dijalankan dalam kajian ini adalah kaedah pemerhatian terhadap ciri-ciri keselamatan yang terdapat di bandar Teluk Intan, temubual bersama pegawai perancangan MPTI dan borang soal selidik untuk mengetahui persepsi masyarakat terhadap Program Bandar Selamat yang diedarkan kepada masyarakat di sekitar bandar Teluk Intan. Kaedah analisis frekuensi dan indeks purata digunakan oleh penyelidik dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) untuk menganalisis data supaya ianya mudah difahami. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan persepsi masyarakat majoritinya bersetuju terhadap perlaksanaan Program Bandar Selamat di kawasan bandar Teluk Intan untuk meningkatkan tahap keselamatan mereka.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Program Bandar Selamat,pencegahan jenayah, keselamatan.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 28 Feb 2018 09:58
Last Modified: 28 Feb 2018 09:58
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/451

Actions (login required)

View Item View Item