PERSEPSI PEMBELI TERHADAP PRESTASI PEMAJU PERUMAHAN MAMPU MILIK

MOHAMAD HAPEZE, ZULWAFIY (2017) PERSEPSI PEMBELI TERHADAP PRESTASI PEMAJU PERUMAHAN MAMPU MILIK. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
25 page.pdf

Download (385kB) | Preview

Abstract

Keselesaan dan kepuasan adalah salah satu faktor penting yang perlu diutamakan dalam penyediaan perumahan bagi semua golongan masyarakat. Ini kerana perumahan bukan sahaja dibangunkan sebagai salah satu elemen yang mempengaruhi komposisi dan imej reka bentuk bandar dari aspek perancangan dan juga seni bina semata-mata. Di Malaysia, terdapat banyak aduan yang diterima daripada pembeli rumah berhubung kualiti produk perumahan dan perkhidmatan yang disampaikan oleh pemaju perumahan. Walau bagaimanapun, penyelidikan mengenai pengukuran prestasi pemaju perumahan dalam kontek kepuasan pembeli rumah kurang dilaksanakan. Berdasarkan itu, kajian ini juga dijalankan bertujuan mengenalpasti kepuasan pengguna terhadap pemaju perumahan mampu milik dan langkah-langkah dalam meningkatkan prestasi pemaju. Seterusnya, kajian ini juga dijalankan bertujuan mengenalpasti beberapa elemen yang mampu meningkatkan kepuasan pembeli dan menyatakan kaedah yang diinginkan oleh responden pada projek perumahan perumahan yang akan datang. Dengan menggunakan kaedah borang soal selidik yang terdiri daripada pembeli rumah mampu milik. Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan, prestasi pemaju perumahan mampu milik berada pada tahap yang tinggi kerana pemaju perumahan membina rumah yang berkualiti dan responden baru menduduki rumah yang dibeli. Hasil analisis yang diperolehi adalah kualiti projek perumahan mampu menentukan kepuasan pembeli serta mempengaruhi prestasi pemaju perumahan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Kepuasan Pembeli, Kuantitatif, Pemaju Rumah Mampu Milik, Prestasi, Signifikan.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:25
Last Modified: 05 Mar 2018 10:25
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/456

Actions (login required)

View Item View Item