KAJIAN MENGENAI STRATEGI PEMASARAN DALAM HARTANAH KEDIAMAN OLEH PEMAJU PERUMAHAN

OSMAN, NORSYAFIQAH (2017) KAJIAN MENGENAI STRATEGI PEMASARAN DALAM HARTANAH KEDIAMAN OLEH PEMAJU PERUMAHAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NORSYAFIQAH BT OSMAN AP140213 (25PAGES).pdf

Download (525kB) | Preview

Abstract

Strategi pemasaran hartanah yang berkesan dan strategik yang dilaksanakan oleh pemaju perumahan sangat memberikan impak yang positif dan sangat mempengaruhi pembelian hartanah kediaman oleh bakal pembeli jika dilakukan dengan teknik yang betul. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang diambil kira oleh pemaju perumahan sebagai strategi pemasaran hartanah kediaman dan mengenalpasti cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh pemaju perumahan dalam memasarkan hartanah kediaman.Skop kajian saya ini adalah di sekitar kawasan Pontian, Johor dan responden yang terlibat adalah seramai 4 pemaju perumahan di sekitar daerah Pontian, Johor.Maklum balas dari hasil kajian ini dianalisis dengan menggunakan teknik kualitatif iaitu dengan kaedah temubual.Di akhir kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa strategi pemasaran seperti menitikberatkan faktor lokasi,fizikal dan faktor harga ini mampu untuk mempengaruhi pembelian hartanah kediaman oleh bakal pembeli.Secara kesimpulannya, hasil kajian ini secara tidak langsung ianya dapat membantu para pemaju dalam meningkatkan teknik dan strategi pemasaran hartanah kediaman dan boleh dijadikan ukuran kepada para pemaju-pemaju yang lain.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Harta Tanah Kediaman, Pemaju, Strategi Pemasaran
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Khadijah Md. Ariffin
Date Deposited: 21 Feb 2018 00:27
Last Modified: 21 Feb 2018 00:27
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/457

Actions (login required)

View Item View Item