KAJIAN PENYEDIAAN FASILITI ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DI STESEN MONOREL, KUALA LUMPUR

MOHMAD SURANI, HUZAILINA (2017) KAJIAN PENYEDIAAN FASILITI ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DI STESEN MONOREL, KUALA LUMPUR. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
HUZAILINA BINTI MOHMAD SURANI AP140128 (25 PAGES).pdf

Download (825kB) | Preview

Abstract

Kuala Lumpur mempunyai sistem pengangkutan moden yang merangkumi rangkaian pengangkutan monorel yang menyediakan laluan yang mudah untuk perjalanan di sekitar bandaraya. Pembangunan pengangkutan awam ini seharusnya mampu memberikan kesempurnaan dan kemudahan kepada rakyat, terutamanya bagi golongan orang kelainan upaya yang turut mempunyai hak yang sama dalam menikmati kemudahan awam yang telah disediakan. Pembinaan kemudahan awam perlulah mengambilkira aspek penyediaan fasiliti bagi orang kelainan upaya bagi memudahkan perjalanan aktiviti harian mereka. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti fasiliti yang disediakan untuk golongan orang kelainan upaya serta mengkaji apakah kekangan yang dihadapi oleh golongan ini di Stesen Monorel. Kawasan kajian yang dipilih adalah di Stesen Monorel, Kuala Lumpur dan metodologi kajian adalah melalui kaedah kualitatif iaitu pengumpulan data secara pemerhatian dan temu bual. Respondan kajian terdiri daripada pihak pengguna yang terdiri daripada orang kelainan upaya penglihatan dan orang kelainan upaya fizikal. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa kemudahan yang disediakan di stesen adalah memenuhi keperluan pengguna, namun masih lagi terdapat kekurangan yang perlu dinaik taraf bagi memberi keselesaan perkhidmatan dan mengelakkan daripada kemalangan yang melibatkan orang kelainan upaya daripada berulang. Kesimpulannya, penyediaan fasiliti orang kelainan upaya di Malaysia umumnya adalah tidak menyeluruh dan memerlukan penambahbaikan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Penyediaan fasiliti, Orang Kelainan Upaya, Stesen Monorel
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 21 Feb 2018 00:20
Last Modified: 21 Feb 2018 00:20
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/460

Actions (login required)

View Item View Item