KAJIAN PENGGUNAAN IBS BAGI PROJEK PERUMAHAN DI NEGERI JOHOR

ABD RASHID BIN HASSAN, MUHAMMAD FITRI HAKIM (2018) KAJIAN PENGGUNAAN IBS BAGI PROJEK PERUMAHAN DI NEGERI JOHOR. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM).

[img]
Preview
Text
25 pages PSM.pdf

Download (567kB) | Preview

Abstract

Industri pembinaan adalah industri yang sentiasa berkembang dan pada ketika ini, penggunaan Industriliased Building System (IBS) adalah satu kaedah pembinaan yang lebih moden dan diiktiraf sebagai kaedah pembinaan pilihan di zaman ini. Namun begitu, industri pembinaan secara keseluruhan kelihatan agak keberatan untuk mengeksploitasi penggunaan IBS. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan IBS dan langkah-langkah meningkatkan penggunaan IBS dalam projek perumahan di negeri Johor. Pengumpulan data adalah melalui kajian literatur dan kaedah kuantitatif melalui edaran borang soal selidik kepada 191 orang responden yang berkhidmat di bawah syarikat kontraktor bergred G7 di daerah Johor Bahru. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics Version 24. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran pekerja dalam mengendalikan IBS dan pengetahuan teknikal yang lemah dalam penggunaan IBS adalah dua masalah utama dalam penggunaan IBS manakala langkah terpenting dalam meningkatkan penggunaan IBS dalam projek perumahan adalah melalui penerimaan pengurangan cukai sebagai insentif daripada kerajaan. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada pihak-pihak berkepentingan industri pembinaan yang terlibat dengan projek perumahan. Kesimpulannya, masalah-masalah dalam penggunaan IBS haruslah dikenalpasti supaya langkah-langkah dapat diambil bagi meningkatkan penggunaan IBS dalam projek perumahan di Negeri Johor.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: IBS; Kontraktor; Pembinaan; Projek Perumahan.
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 17:13
Last Modified: 05 Mar 2018 17:13
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/461

Actions (login required)

View Item View Item