KAJIAN KELEWATAN PENGHANTARAN BAHAN BINAAN DAN KESAN TERHADAP PRESTASI PROJEK DI TAPAK BINA

Sayid Ab Rahman, Sayid Muhammad Husyairy (2018) KAJIAN KELEWATAN PENGHANTARAN BAHAN BINAAN DAN KESAN TERHADAP PRESTASI PROJEK DI TAPAK BINA. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
PSM_SMHUSYAIRY_eThesis25.pdf

Download (457kB) | Preview

Abstract

Penghantaran bahan binaan ke tapak bina merupakan fasa yang kritikal dalam sesebuah projek pembinaan. Kegagalan yang menyebabkan kelewatan penghantaran bahan binaan akan membawa kepada penurunan prestasi projek pembinaan daripada aspek kos, masa dan kualiti. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor kelewatan penghantaran bahan binaan ke tapak bina, mengenalpasti kesan kelewatan penghantaran bahan binaan terhadap prestasi projek di tapak bina dan langkah-langkah untuk mengatasi kelewatan penghantaran bahan binaan ke tapak bina. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan pengedaran borang soal selidik. Sejumlah 191 set borang soal selidik diedarkan di sekitar daerah Johor Baharu dengan memfokuskan organisasi kontraktor bergred G7 sebagai responden kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan kaedah analisis statistik dan deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruhi masalah kelewatan penghantaran bahan binaan ke tapak bina adalah faktor dalaman yang disebabkan oleh pemilik iaitu masalah kewangan pemilik yang tidak konsisten dalam membuat pembayaran. Manakala kesan kelewatan penghantaran bahan binaan yang utama adalah kesan terhadap masa iaitu kesan terhadap perubahan jadual kerja yang telah dirancang perlu dilanjutkan atau diubah semula. Langkah yang paling sesuai untuk mengurangkan kelewatan penghantaran bahan binaan pula adalah peranan kontraktor yang harus membuat pesanan bahan binaan yang lengkap kepada pembekal. Keseluruhannya, kelewatan penghantaran bahan binaan ke tapak bina akan memberi kesan yang negatif kepada prestasi sesebuah projek pembinaan. Oleh itu, langkah penyelesaian haruslah diberikan penekanan yang konsisten bagi menjamin prestasi projek pembinaan yang menepati piawaian yang ditetapkan.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Bahan Binaan; Kelewatan; Penghantaran; Prestasi; Tapak Bina
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications
T Technology > TH Building construction
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:44
Last Modified: 05 Mar 2018 16:44
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/463

Actions (login required)

View Item View Item