KAJIAN TENTANG PEMBANGUNAN SEMULA BANGUNAN KOMERSIAL YANG TERBENGKALAI DI KAWASAN MELAKA TENGAH

ABDUL RAHIM, NURAINI (2017) KAJIAN TENTANG PEMBANGUNAN SEMULA BANGUNAN KOMERSIAL YANG TERBENGKALAI DI KAWASAN MELAKA TENGAH. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
Nuraini binti Abdul Rahim (CP140008).pdf

Download (349kB) | Preview

Abstract

ABSTRAK Peninggalan ditakrifkan sebagai telah berlaku terhadap struktur apabila pemilik struktur tersebut tidak lagi membayar untuk perkhidmatan bangunan dan apabila cukai dan gadai janji tidak dibayar oleh pemilik bangunan tersebut. Banyak masalah timbul dari kewujudan bangunan terbengkalai termasuk sama ada masalah dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji masalah baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai dan langkah-langkah penambahbaikan baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai. Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji telah menggunakan data-data primer dan membuat rujukan berasaskan data sekunder, primer diperolehi melalui temu bual dengan pihak yang terlibat dalam pembangunan ini dan penggunaan borang soal selidik kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam pembangunan bangunan terbengkalai. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa masalah utama yang menyebabkan bangunan terbengkalai adalah masalah pengurusan seperti masalah pengurusan kewangan yang dihadapi oleh pemaju. Sementara itu, langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil adalah dengan melantik kontrator penyelamat. Antara cadangan dan komen dari pihak responden adalah supaya pihak berkuasa memberikan kelonggaran dalam proses pengambil alihan dan juga kebenaran dalam meluluskan pelan bangunan. Beberapa cadangan juga telah diberikan kepada pengkaji seterusnya agar menggunakan kaedah-kaedah lain seperti kaedah campuran iaitu menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan data yang lebih tepat dan terperinci dan cadangan seterusnya boleh memfokuskan kesan kepada faktor-faktor yang am/biasa dan faktor-faktor yang jarang didedahkan yang menjurus kepada permasalahan projek perumahan terbengkalai.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 17:14
Last Modified: 05 Mar 2018 17:14
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/470

Actions (login required)

View Item View Item