APLIKASI PERISIAN DALAM PENGURUSAN PEMBINAAN OLEH SME INDUSTRI PEMBINAAN

KHAIRUDDIN, KHALEEDAH RUZANA (2018) APLIKASI PERISIAN DALAM PENGURUSAN PEMBINAAN OLEH SME INDUSTRI PEMBINAAN. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
E-THESIS AP140442 (KHALEEDAH RUZANA BT KHAIRUDDIN).pdf

Download (518kB) | Preview

Abstract

Penggunaan perisian di dalam industri pembinaan terutamanya `small and medium enterprises‟ (SMEs) semakin mendapat perhatian. Tidak dinafikan juga, industri pembinaan bergerak seiring dengan kemajuan ICT bagi memastikan kos, kualiti dan masa sesuatu projek dapat dioptimakan sebaik mungkin. Namun begitu, SME industri pembinaan sering ketinggalan kerana menghadapi cabaran di dalam penguasaan teknologi ICT terutamanya perisian komputer dan juga dari segi kewangan. Justeru, kajian ini adalah berkaitan penggunaan perisian dalam pengurusan pembinaan dengan mengenalpasti jenis-jenis perisian yang digunapakai oleh SME industri pembinaan. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengkaji halangan dan langkah untuk meningkatkan penggunaan perisian dalam pembinaan terutamanya oleh SME industri pembinaan. Responden yang terlibat dalam pengumpulan data ialah kontraktor SME Daerah Ledang, Johor berdasarkan gred kontraktor kelas G3, G4 dan G5. Instrumen borang selidik digunakan di dalam kajian ini untuk proses pengumpulan data dan seterusnya data dianalisis menggunakan kaedah SPSS. Sebanyak seratus tiga puluh (130) soal selidik telah diedarkan kepada kontraktor dan empat puluh lima (45) borang soal selidik telah dikembalikan. Bilangan ini terdiri daripada 35% responden. Hasil kajian menunjukkan 97.8% responden menggunakan perisian dalam pengurusan pembinaan. Majoriti responden menggunakan perisian seperti Microsoft Word (24.4%) dan Microsoft Excel (22.2%) di dalam pengurusan pembinaan. Manakala hasil keputusan juga menunjukkan nilai min tertinggi dalam halangan utama kepada responden untuk menggunakan perisian ialah 4.40 yang merujuk kepada kesukaran dalam memahami konsep kerana terlalu banyak terminologi dalam perisian. Hasil keputusan juga menunjukkan nilai min tertinggi dalam langkah untuk meningkatkan penggunaan perisian ialah 4.29 yang merujuk kepada kontraktor perlu memahami keperluan pelanggannya. Kajian ini juga dapat meningkatkan penggunaan perisian oleh kontraktor di dalam pengurusan pembinaan. Di samping itu, mengetahui manfaat penggunaan perisian di dalam pengurusan pembinaan terutamanya terhadap teknologi yang digunapakai untuk proses pembinaan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:31
Last Modified: 05 Mar 2018 10:31
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/480

Actions (login required)

View Item View Item