KESEDARAN KONTRAKTOR TERHADAP PENGURUSAN SISA PEMBINAAN

HASSAN, NUR SYAHIRA (2018) KESEDARAN KONTRAKTOR TERHADAP PENGURUSAN SISA PEMBINAAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
E-THESIS AP140491 NUR SYAHIRA BINTI HASSAN.pdf

Download (355kB) | Preview

Abstract

Sisa pembinaan adalah sisa bahan buangan yang dijanakan dari projek pembinaan sama ada melibatkan pengangkutan, penyimpanan dan pengendalian bahan-bahan binaan adalah merupakan sisa pembinaan. Kajian ini adalah untuk mengurangkan permasalahan pembuangan sisa pembinaan di kawasan yang tidak sepatutnya disebabkan oleh kurangnya kesedaran dari pihak kontraktor dalam melakukan pengurusan sisa pembinaan. Tujuan kajian ini dibuat dalam usaha untuk mengkaji kesedaran pihak kontraktor terhadap pengurusan sisa pembinaan. Selain itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti langkah yang diambil oleh pihak kontraktor dalam melakukan pengurusan sisa pembinaan. Skop kajian ini tertumpu di negeri Johor. Kajian ini juga meliputi kaedah soal selidik yang diberikan kepada empat puluh tujuh responden iaitu terdiri daripada kontraktor. Data dikumpul dan dianalisis dengan mengunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian ini didapati bahawa kontraktor sedar mengenai pentingnya pengurusan sisa pembinaan. Namun begitu, punca daripada kelemahan dari segi peraturan menyebabkan amalan pengurusan sisa pembinaan ini tidak dilakukan secara sistematik oleh pihak kontraktor. Oleh itu, sekiranya hukuman denda dan pemantauan yang sering dibuat oleh pihak berkuasa sudah tentu masalah pembuangan sisa pembinaan secara haram dapat dikawal dan pengurusan sisa pembinaan ini dapat dilakukan secara sistematik.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 06 Mar 2018 11:42
Last Modified: 06 Mar 2018 11:42
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/481

Actions (login required)

View Item View Item