KEPAKARAN TENAGA MAHIR (PROFESIONAL) DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI INFORMASI PERMODELAN BANGUNAN (BIM) DALAM FASA REKA BENTUK PEMBINAAN

MUHAMAD ZAHIR, NUR IZATUL FAKIAH (2018) KEPAKARAN TENAGA MAHIR (PROFESIONAL) DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI INFORMASI PERMODELAN BANGUNAN (BIM) DALAM FASA REKA BENTUK PEMBINAAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NUR IZATUL FAKIAH BINTI MUHAMAD ZAHIR (AP140331).pdf

Download (373kB) | Preview

Abstract

Informasi Permodelan Bangunan (BIM) merupakan teknologi perisian yang digunakan dalam fasa reka bentuk pembinaan. BIM juga merupakan teknologi maklumat digital yang digunakan dalam proses penyampaian maklumat melibatkan senibina, kejuruteraan dan pembinaan sebagai satu set interaksi dalam industri pembinaan. Teknologi perisian BIM digunakan sebagai medium komunikasi yang melibatkan semua pihak dalam pembinaan. Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi perisian BIM masih di tahap yang rendah dalam industri pembinaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor penggunaan BIM dalam fasa reka bentuk, tahap kepakaran tenaga mahir dalam proses pengendalian teknologi BIM dan juga langkah yang dilakukan dalam proses meningkatkan penggunaan BIM dalam fasa reka bentuk pembinaan. Kaedah kajian ini dilakukan melalui soal selidik dan temubual terhadap responden yang terdiri daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysian (CIDB) dan pihak perunding iaitu arkitek dan jurutera. Hasil dapatan mendapati penggunaan teknologi perisian BIM dalam industri telah dilakukan, namun pengetahuan dan kemahiran tenaga mahir yang kurang telah menjejaskan proses pengendaliannya dalam industri. Organisasi yang berskala kecil tidak mampu memiliki perisian BIM kerana kos yang tinggi dan memerlukan kepakaran dalam penggunaannya. CIDB berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan BIM. Keperluan dalam proses perlaksanaan BIM bermula pada peringkat pendedahan konsep dan teori berkaitan teknologi perisian BIM. Hasil kajian ini memberi manfaat kepada pihak yang terbabit seperti perunding, pemaju dan kontraktor dalam kemajuan teknologi yang lebih sistematik dalam pengurusan organisasi yang melibatkan fasa reka bentuk pembinaan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:19
Last Modified: 05 Mar 2018 10:19
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/485

Actions (login required)

View Item View Item