TREN DAN CIRI-CIRI BIDAAN HARTA TANAH LELONGAN DI JOHOR BAHRU

ZAINAL BIN MADON, EAZIYAH FATIHAH (2017) TREN DAN CIRI-CIRI BIDAAN HARTA TANAH LELONGAN DI JOHOR BAHRU. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
EAZIYAH FATIHAH BINTI ZAINAL AP140190 (24 MUKA SURAT).pdf

Download (595kB) | Preview

Abstract

Harta tanah lelongan merupakan suatu proses yang melibatkan penjualan harta tanah yang dimiliki oleh pemilik jika pemilik gagal membayar pinjaman. Apabila seseorang membuat pinjaman dari bank, harta tanah tersebut menjadi cagaran atau jaminan ke atas pinjaman yang telah dilakukan. Membeli harta tanah lelongan dapat memberikan keuntungan kerana kebanyakan harga harta tanah yang dilelong lebih rendah daripada harga pasaran. Akan tetapi, ramai orang awam masih tidak mengetahui tentang kewujudan harta tanah lelongan yang berlaku di Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tren harta tanah lelongan yang berjaya dibida dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini serta mengkaji ciri-ciri harta tanah lelongan yang mendorong pembida membuat keputusan membeli. Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis harta tanah yang dilelong diterangkan di dalam kajian ini. Proses dan pihak yang terlibat sepanjang lelongan dijalankan juga diterangkan secara terperinci. Kajian ini dilakukan dengan menganalisis data yang diperoleh dari Mahkamah Tinggi Johor Bahru dengan menggunakan semakan dokumen dan borang soal selidik. Untuk menganalisis data yang diperoleh, pendekatan kajian yang digunakan ialah pendekatan bercampur. Manakala,teknik analisis data adalah analisa kandungan dan menggunakan perisian Statiscal Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian dapat menunjukkan tren harta tanah lelongan yang berjaya dibida serta menghasilkan ciri-ciri harta tanah lelongan yang mendorong pembida membuat keputusan membeli.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Lelongan,harta tanah lelongan, tren harta tanah lelongan, lelong, ciri-ciri harta lelongan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Khadijah Md. Ariffin
Date Deposited: 14 Feb 2018 14:09
Last Modified: 14 Feb 2018 14:09
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/489

Actions (login required)

View Item View Item