POTENSI PEMBANGUNAN HARTA TANAH KOMERSIAL DI ATAS TANAH WAKAF, KES KAJIAN: JOHOR BAHRU

JOHARI, NURUL ATIQAH (2017) POTENSI PEMBANGUNAN HARTA TANAH KOMERSIAL DI ATAS TANAH WAKAF, KES KAJIAN: JOHOR BAHRU. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NURUL ATIQAH BINTI JOHARI_AP140090_25PAGES.pdf

Download (283kB) | Preview

Abstract

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan untuk meningkatkan produktiviti dan kedayahidupan harta tanah wakaf. Hal ini termasuk aktiviti seperti menyewakan tanah wakaf kepada pihak yang berkepentingan dan melakukan aktiviti ekonomi dalam pelbagai bidang seperti bidang pertanian, penternakan dan perkomesialan. Sekiranya kesemua kaedah tersebut tidak sesuai dipraktikkan, pihak berkepentingan hendaklah mencari alternatif lain agar tanah tersebut dapat dimanfaatkan dengan lebih efektif. Pemegang amanah harta tanah wakaf seharusnya peka terhadap potensi sesebuah tanah wakaf yang berada di bawah jagaannya agar dapat dioptimunkan penggunaannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pembangunan yang sedia ada di atas tanah wakaf dan mengklasifikasi potensi pembangunan harta tanah komersial yang dibangunkan di atas tanah wakaf. Kawasan kajian yang dipilih bagi kajian ini adalah di Johor Bahru, Johor. Untuk mencapai objektif kajian, dua kaedah kualitatif telah digunakan. Kaedah temu bual pakar dijalankan dengan dua orang pegawai Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) manakala kaedah pemerhatian telah dilakukan terhadap pembangunan tanah wakaf di sekitar Johor Bahru. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan analisis tematik bagi kaedah temu bual yang telah dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa institusi wakaf di negara kita kurangnya pembangunan tanah wakaf untuk tujuan komersial bagi menjana pendapatan yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat di Malaysia. Dengan erti kata lain, pembangunan tanah wakaf yang efisyen seharusnya dilaksanakan bagi menjana faedah yang dapat dinikmati bersama rakyat.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Wakaf, pembangunan tanah wakaf, klasifikasi potensi pembangunan, komersial
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 04 Mar 2018 14:13
Last Modified: 04 Mar 2018 14:13
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/490

Actions (login required)

View Item View Item