ETIKA GOLONGAN PROFESIONAL DALAM SYARIKAT KONTRAKTOR G7

MOHD YUSOF, MOHAMMAD ILMAN (2018) ETIKA GOLONGAN PROFESIONAL DALAM SYARIKAT KONTRAKTOR G7. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
MOHAMMAD ILMAN BIN MOHD YUSOF (AP140385).pdf

Download (424kB) | Preview

Abstract

Etika golongan profesional sangat penting terhadap organisasi dalam industri pembinaan. Pelbagai usaha yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan standard etika dalam kalangan golongan profesional dalam industri pembinaan di mana etika golongan profesional masih lagi di tahap yang rendah di negara Malaysia. Namun, jika ianya terus dilepas pandang maka ianya akan menjadi masalah yang lebih serius. Justeru itu, objektif kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan etika golongan profesional dalam syarikat kontraktor G7. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti faktor mempengaruhi masalah etika golongan profesional, dan mengenalpasti langkah-langkah mengurangkan masalah etika golongan profesional dalam dalam syarikat kontraktor G7. Dalam usaha mencapai objektif tersebut, borang soal selidik telah digunakan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa pemberian dalam bentuk wang tunai, hadiah, nikmat, perjalanan dan pelantikan dalam industri pembinaan adalah amalan tidak beretika yang tertinggi. Dari segi faktor pula kajian menunjukkan profesional ingin mendapatkan keutungan maksimum merupakan faktor paling utama dalam masalah etika golongan profesional. Seterusnya, dengan memperkenalkan ganjaran atau bonus kepada profesional yang mengamalkan etika yang baik merupakan langkah yang paling utama dalam mengurangkan masalah etika golongan profesional. Hasil kajian ini dapat memberikan manfaat kepada golongan pendidik dan golongan profesional khususnya terhadap kontraktor dalam meningkatkan nilai etika dalam industri pembinaan Malaysia. Untuk mendapatkan manfaat yang optimum daripada industri dan memastikan kelancaran industri itu sendiri, amalan etika yang baik adalah penting. Oleh itu, institusi profesional dan agensi kerajaan perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan masalah etika dalam industri pembinaan tempatan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 10:14
Last Modified: 05 Mar 2018 10:14
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/495

Actions (login required)

View Item View Item