PENGGUNAAN GIS DALAM MEMPROMOSIKAN HOMESTAY DI PARIT RAJA

WAN ISHAK, WAN NUR SYAHIDAH (2017) PENGGUNAAN GIS DALAM MEMPROMOSIKAN HOMESTAY DI PARIT RAJA. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
WAN NUR SYAHIDAH BINTI WAN ISHAK_AP140365_25 PAGES.pdf

Download (391kB) | Preview

Abstract

Program homestay adalah salah satu aktiviti pelancongan yang berasaskan kepada penglibatan awam yang mempunyai potensi untuk berkembang dan mampu membangunkan ekonomi masyarakat di luar bandar. Namun demikian, pemilikpemilik homestay perlu bersaing di antara satu sama lain dalam mempromosikan homestay mereka akibat daripada perkembangan homestay tersebut. Melalui perkembangan semasa, salah satu cara terbaik dalam mempromosikan homestay adalah dengan menggunakan sistem maklumat geografi (GIS). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan homestay di Parit Raja dan memetakan dan mendigitkan homestay ke dalam GIS melalui aplikasi dari sumber terbuka iaitu Quantum GIS bagi mempromosikan homestay di Parit Raja. Penggunaan teknik kuantitatif digunapakai dalam kajian ini melalui kaedah pemerhatian dan kerja lapangan dalam mendapatkan data. Proses penganalisan di dalam GIS ini diharap dapat mengukur potensi setiap homestay yang terlibat di Parit Raja melalui network analysis bagi membentuk daya promosi yang lebih dinamik. Hasil kajian ini diharap dapat membantu pemilik serta para pengunjung homestay di kawasan Parit Raja dalam membuat keputusan untuk mendapatkan dan mengenalpasti homestay berdasarkan lokasinya yang mengambilkira jarak di atara homestay dengan tempattempat menarik yang lain. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mengukur tahap lokasi terbaik setiap homestay di Parit Raja seterusnya ianya secara tidak langsung telah membantu sebagai alatan dalam mempromosikan homestay di kawasan Parit Raja demi kemajuan ekonomi setempat khususnya program homestay.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Homestay, GIS, Lokasi, Promosi dan Ekonomi
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 27 Feb 2018 17:41
Last Modified: 27 Feb 2018 17:41
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/496

Actions (login required)

View Item View Item