Persepsi Pengguna Terhadap Kualiti Perkhidmatan Pengangkutan Transit Aliran Tunai (LRT) Di Laluan Kelana Jaya, Kuala Lumpur

Mohammad, Nur Hidayah (2018) Persepsi Pengguna Terhadap Kualiti Perkhidmatan Pengangkutan Transit Aliran Tunai (LRT) Di Laluan Kelana Jaya, Kuala Lumpur. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (Abstrak)
LAPORAN PENUH PSM (LRT).pdf - Published Version

Download (270kB) | Preview

Abstract

Perkembangan pengukuran kualiti perkhidmatan dalam pelbagai industri telah lama diperkatakan. Kualiti perkhidmatan sesebuah organisasi dapat mengukur sejauh mana perkhidmatan diberikan dapat memenuhi keperluan pengguna. Biro Pengaduan Awam (2011), menyatakan pengguna menghadapi masalah kelewatan, urusan tiket, sikap warga kerja, kekurangan kemudahan orang kurang upaya dan warga emas. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pengguna terhadap kualiti perkhidmatan pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya serta mengenal pasti faktor dominan yang mempengaruhi kualiti perkhidmatan pengangkutan (LRT) yang berdasarkan lima dimensi SERVQUAL iaitu kebolehpercayaan, ketara, tindak balas, jaminan, dan empati. Terdapat seramai 380 rang responden yang dipilih secara rawak melibatkan pengguna yang menggunakan pengangkutan LRT di laluan Kelana Jaya. Kadar pemulangan soal selidik hanya 120 dari responden dengan kadar peratusan sebanyak 31.58%. Data dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for SocialScience (SPSS), dan digunakan untuk tujuan mengetahui statistik deskriptif mengikut lima dimensi SERVQUAL. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor ketara kualiti perkhidmatan merupakan faktor dominan yang mempengaruhi persepsi pengguna dalam perkhidmatan LRT ini dengan nilai skor min 3.9813 dengan tahap yang tinggi. Melalui hasil kajian ini juga mendapati, kualiti perkhidmatan pengangkutan dapat agar kualiti perkhidmatan lebih efektif dan maju. Penyedia perkhidmatan perlu memperbaiki atau meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberi agar dapat mempengaruhi pengguna dalam menggunakan perkhidmatan pengangkutan LRT.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 01 Mar 2018 18:19
Last Modified: 01 Mar 2018 18:19
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/497

Actions (login required)

View Item View Item