FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENGLIBATAN PEKERJA DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI SELANGOR.

HUSSEIN, NUR RAHIMAH (2018) FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENGLIBATAN PEKERJA DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI SELANGOR. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENGLIBATAN PEKERJA.pdf - Published Version

Download (176kB) | Preview

Abstract

Penglibatan pekerja merupakan salah satu daripada isu-isu penting dalam sesebuah organisasi. Permasalahan yang berlaku dalam sektor perindustrian elektrik dan elektronik di Selangor ialah kekurangan pekerja mahir dan tidak mampu mengeluarkan produk-produk yang lebih berkualiti tinggi. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji tahap persetujuan terhadap faktor-faktor yang mendorong penglibatan pekerja dan mengenalpasti faktor-faktor yang paling dominan dalam mendorong penglibatan pekerja. Kajian ini memfokuskan kepada sektor perindustrian elektrik dan elektronik di kawasan Selangor. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 367 orang pekerja dalam sektor perindustrian elektrik dan elektronik di Selangor. Data dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS). Hasil dapatan kajian mendapati terdapat dua faktor yang paling dominan dalam mendorong penglibatan pekerja iaitu faktor pampasan dan imbuhan serta faktor latihan dan pembangunan kerjaya. Melalui kajian ini, pihak organisasi bukan sahaja dapat memahami secara mendalam mengenai faktor-faktor yang mendorong penglibatan pekerja tetapi juga membantu untuk mendapatkan hasil pemahaman dan kepentingan penglibatan pekerja. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa organisasi hendaklah memainkan peranan yang penting dalam memberi penekanan terhadap penglibatan pekerja untuk membentuk tingkah laku pekerja serta meningkatkan produktiviti kerja.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 01 Mar 2018 15:48
Last Modified: 01 Mar 2018 15:48
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/503

Actions (login required)

View Item View Item