Penyediaan Fasiliti Parkir Di Stesen Keretapi Kluang, Johor

MOHD YUSOF, NURADILA HANI (2017) Penyediaan Fasiliti Parkir Di Stesen Keretapi Kluang, Johor. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM).

[img]
Preview
Text
Nuradila Hani Binti Mohd Yusof AP140019 (1-24).pdf

Download (439kB) | Preview

Abstract

Penyediaan parkir merupakan salah satu elemen penting dalam menyediakan dasar perancangan yang sempurna di sesuatu kawasan terutamanya di tempat awam. Penyediaan fasiliti parkir yang berkualiti adalah sangat penting kerana ia memberi impak yang besar kepada tahap kepuasan pelanggan. Sebarang kelemahan atau kekurangan yang wujud dalam penyediaan fasiliti parkir boleh menyebabkan ketidakpuasan dari pihak pengguna. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji penyediaan fasiliti parkir. Fasiliti parkir yang dipilih adalah di kawasan stesen keretapi. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengguna terhadap penyediaan fasiliti parkir. Skop kajian ini dijalankan di Stesen Keretapi Kluang dan mensasarkan responden daripada pengguna sama ada pengguna tempatan ataupun pengguna dari luar yang menggunakan perkhidmatan fasiliti parkir di Stesen Keretapi Kluang. Kajian ini menggunakan pendekatan bercampur yang merangkumi pendekatan kualitatif iaitu dengan membuat pemerhatian terhadap jenis fasiliti yang disediakan di Stesen Keretapi Kluang serta membuat temu bual bersama pihak pengurusan stesen keretapi di unit urusan jalan dan pendekatan kuantitatif iaitu dengan mengedarkan sebanyak 132 borang soal selidik kepada pengguna dan pengunjung di Stesen Keretapi Kluang. Teknik analisis data analisis statistik dengan menggunakan perisian SPSS dan Microsoft excel 2010. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penyediaan fasiliti parkir di Stesen Keretapi Kluang adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan serta dapat mengenalpasti tahap kepuasan pengguna terhadap penyediaan fasiliti parkir di Stesen Keretapi Kluang iaitu pengguna berpuas hati dengan kadar bayaran yang dikenakan kepada mereka. Maka, diharapkan pihak pengurusan KTMB dan agensi-agensi yang berkaitan dapat mengambil langkah yang proaktif dalam menaiktaraf fasiliti parkir di Stesen Keretapi Kluang.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: PARKIR, PENYEDIAAN,KEPUASAN PELANGGAN,KUALITI
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 14 Feb 2018 15:02
Last Modified: 14 Feb 2018 15:02
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/508

Actions (login required)

View Item View Item