KAJIAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TARIKAN PENGUNJUNG KE HOTEL BUTIK DI JOHOR BAHRU

MOHD PAUZEI, NORSUHAILA (2017) KAJIAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TARIKAN PENGUNJUNG KE HOTEL BUTIK DI JOHOR BAHRU. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NORSUHAILA BINTI MOHD PAUZEI AP140202 ( 24 PAGES ).pdf

Download (268kB) | Preview

Abstract

Trend terkini perhotelan di Malaysia telah berkembang dengan pesat selari dengan peningkatan pesat sektor perlancongan di negara. Peningkatan industri perhotelan di Malaysia menyebabkan pelbagai alternatif diambil bagi mengatasi persaingan di antara mereka. Hotel butik merupakan alternatif terkini dalam industri perhotelan. Perhotelan jenis ini yang dibina dengan rekaan atau idea yang bagus untuk mewujudkan sesuatu suasana yang berkonsep dan rekacipta dalaman yang unik kepada pengunjung. Trend baru perhotelan ini telah menimbulkan isu dan persoalan kepada pemilik atau pengurus hotel butik dan pengunjung. Antaranya ialah kurang pendedahan maklumat dan pengumpulan data-data mengenai ciri-ciri sesebuah hotel butik serta faktor yang menarik pengunjung terhadap trend ini. Oleh itu, objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri sesebuah hotel butik dan mengkaji faktor-faktor yang menarik minat pengunjung untuk menetap di hotel butik. Kajian ini akan memberi tumpuan terhadap hotel butik di kawasan Johor Bahru. Pengumpulan data adalah secara data primer dan data sekunder. Data primer adalah daripada kaedah pemerhatian, temubual yang melibatkan 3 pemilik atau pengurus hotel butik dan borang soal selidik yang melibatkan 110 borang soal selidik, 90 daripadanya kepada pengunjung dan 20 daripadanya kepada pekerja hotel butik. Manakala data sekunder adalah daripada internet, bahan rujukan, jurnal, tesis, dan artikel dan bahan rujukan lain yang berkaitan industri perhotelan. Analisis data bagi kajian ini adalah menggunakan kaedah tematik bagi maklumat yang diperolehi daripada temubual dan analisis deskriptif, analisis kekerapan termasuk skala likert, nilai min dan Statistical Package for Social Science Software (SPSS) untuk data yang diperolehi daripada borang soal selidik. Hasil kajian ini telah memberi kefahaman dan pengumpulan maklumat mengenai hotel butik serta tarikan pengunjung terhadap faktor suasana atau persekitaran, reka bentuk, konsep, lokasi, perkhidmatan dan kemudahan hotel butik.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Hotel butik, ciri-ciri hotel butik, tarikan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 04 Mar 2018 14:11
Last Modified: 04 Mar 2018 14:11
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/509

Actions (login required)

View Item View Item