KAJIAN PEMBANGUNAN SEMULA “PEDESTRIAN MALL”, SUNGAI SEGGET, JOHOR BAHRU

OTHMAN, NURHAZIQAH (2017) KAJIAN PEMBANGUNAN SEMULA “PEDESTRIAN MALL”, SUNGAI SEGGET, JOHOR BAHRU. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NURHAZIQAH BINTI OTHMAN AP140171 (24pages).pdf

Download (432kB) | Preview

Abstract

Pembangunan semula penting sebagai satu usaha untuk mengubah rupa bentuk fizikal di kawasan bandar demi mengatasi masalah kemunduran dan kemerosotan samada dari segi sosial, fizikal, ekonomi dan persekitaran sesebuah bandar. Pembangunan semula Sungai Segget memberi impak kepada penduduk terutamanya peniaga di sekitar kawasan tersebut. Sebelum pembangunan semula dilakukan, Sungai Segget sangat terkenal dengan masalah pencemaran bau dan air yang dikatakan menjadi punca kejadian banjir yang sering berlaku di bandaraya Johor Bahru. Justeru, objektif kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor pembangunan semula Sungai Segget serta kesan pembangunan semula Sungai Segget terhadap peniaga dari sudut ekonomi, sosial dan persekitaran. Skop kajian ini difokuskan kepada peniaga yang berada di sekitar Sungai Segget. Responden terdiri daripada pihak yang bertanggungjawab dalam projek Sungai Segget iaitu Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan 100 orang responden yang terdiri daripada peniaga dan penjaja. Kaedah kualitatif dan kuantitatif telah dipilih di dalam kajian ini dan teknik temubual dan borang soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Analisis data bagi kajian ini menggunakan kaedah analisis tematik dan analisis statistik diskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan dan nilai min melalui perisian Statistical Package for Science Social (SPSS) dan Microsoft Excel 2007. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga faktor pembangunan semula Sungai Segget iaitu faktor pencemaran, banjir dan pelancongan. Pembangunan semula juga memberi kesan terhadap peniaga dari sudut ekonomi, sosial dan persekitaran.Secara kesimpulannya, hasil kajian ini secara tidak langsung membantu pihak berkuasa bagi menjalankan aktiviti pembangunan dengan mengambil kira kesan dan respon peniaga dan orang awam.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: pembangunan semula, Sungai Segget, peniaga, ekonomi, sosial, persekitaran
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 20 Feb 2018 23:44
Last Modified: 20 Feb 2018 23:44
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/510

Actions (login required)

View Item View Item