KAJIAN TENTANG PENENTUAN TAHAP KUALITI PERKHIDMATAN (KES KAJIAN: PUSAT BELI-BELAH DI JOHOR BAHRU)

JAAFAR, SITI NUR FARHANA (2017) KAJIAN TENTANG PENENTUAN TAHAP KUALITI PERKHIDMATAN (KES KAJIAN: PUSAT BELI-BELAH DI JOHOR BAHRU). Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
SITI NUR FARHANA BINTI JAAFAR AP140082 (24 PAGES).pdf

Download (462kB) | Preview

Abstract

Kualiti perkhidmatan di sesebuah pusat beli-belah memainkan peranan yang penting dalam memastikan kepuasan dan kehadiran pengunjung ke pusat beli-belah. Pada masa yang sama, tujuan kualiti perkhidmatan adalah untuk mengekalkan nilai serta imej pusat beli-belah tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji apakah jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan di pusat beli-belah dan bagaimanakah tahap kualiti perkhidmatan di pusat beli-belah. Kajian ini telah dijalankan di pusat beli-belah di KSL City dan Johor Bahru City Square di kawasan bandaraya Johor Bahru. Kajian ini melibatkan pihak pengurusan, penyewa, pelabur serta pengunjung pusat beli-belah. Kaedah tinjauan melalui borang kaji selidik terhadap pihak pengurusan, penyewa, pelabur serta pengunjung pusat beli-belah telah dilaksanakan. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui kaedah kuantitatif. Analisis yang digunakan terhadap maklumat yang diperolehi adalah melalui deskriptif analisis dengan menggunakan perisisan Statistical Pakage for Science Sosial (SPSS). Hasil dapatan kajian mendapati pelbagai jenis perkhidmatan disediakan di pusat beli-belah. Penentuan tahap kualiti perkhidmatan ditentukan dengan menggunakan skala likert yang dijawab oleh responden yang terlibat. Kajian ini diharap dapat memberikan idea kepada pemain harta tanah dalam menambahbaik serta meningkatkan lagi tahap kualiti perkhidmatan pusat beli-belah, bagi memberikan tarikan dan persaingan yang berterusan di antara harta tanah komersial yang lain kepada pengunjung pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Uncontrolled Keywords: Kata Kunci: kualiti perkhidmatan, pusat beli-belah, KSL City dan Johor Bahru City Square
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 27 Feb 2018 17:40
Last Modified: 27 Feb 2018 17:40
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/511

Actions (login required)

View Item View Item