FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK

SATHAR MOHAMED, MOHAMAD IQBAL (2017) FAKTOR-FAKTOR KETIDAKPENGHUNIAN BANGUNAN KOMERSIAL DI BANDAR MERU RAYA, IPOH, PERAK. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
MOHAMAD IQBAL BIN SATHAR MOHAMED (AP140210) 25 PAGES.pdf

Download (316kB) | Preview

Abstract

Pembangunan harta tanah merupakan aktiviti menjalankan pembangunan di sesebuah kawasan dengan mendapatkan kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan bagi memastikan pembangunan yang dilakukan itu mematuhi semua keperluan dan elemen yang telah ditetapkan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kepada keadaan penawaran sewa semasa bangunan komersial di kawasan kajian dan juga untuk melihat jenis pembangunan yang dilakukan di kawasan itu bagi meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut. Pengumpulan data adalah secara kaedah kualitatif yang melibatkan kaedah temubual kepada pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak(PKNP) dan juga ejen harta tanah yang mempunyai kepakaran serta pengalaman tentang keadaan semasa penawaran harta tanah di kawasan kajian. Seterusnya kaedah pemerhatian juga digunakan bagi mengukuhkan lagi hasil kajian yang dijalankan ini. Analisis data bagi kajian ini adalah menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian menunjukkan pembangunan di kawasan ini dibangunkan secara bercampur di antara komersial dan kediaman. Pelbagai langkah telah diambil dalam meningkatkan kegiatan ekonomi di kawasan ini dan tindakan ini mengambil masa yang panjang untuk memberi kesan positif. Faktor-faktor yang dikenalpasti dalam ketidakpenghunian bangunan komersial adalah faktor ekonomi, demografi, politik, lokasi, kemudahan asas dan awam, pinjaman kewangan, harga atau sewa pasaran, dan stok rumah kedai semasa produk siap untuk dihuni, faktor pemaju dan faktor masa. Kesimpulannya, keadaan ekonomi di kawasan Ipoh yang menunjukkan peningkatan mendatar membuktikan bahawa kuasa membeli penduduk di kawasan kajian ini masih lagi rendah.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci : bangunan komersial, faktor ketidakpenghunian, penawaran sewa
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 04 Mar 2018 14:12
Last Modified: 04 Mar 2018 14:12
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/516

Actions (login required)

View Item View Item