PEMBANGUNAN KOMERSIAL BERKONSEPKAN KONTENA DI JOHOR BAHRU

MOHAMMAD KHIR, NURSYUHADAH (2017) PEMBANGUNAN KOMERSIAL BERKONSEPKAN KONTENA DI JOHOR BAHRU. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
NURSYUHADAH B. MOHAMMAD KHIR AP40037 (24 Mukasurat).pdf

Download (472kB) | Preview

Abstract

Trend semasa dalam industri pembinaan menunjukkan seni bina kontena muncul bukan sahaja sebagai salah satu alternatif yang mudah tetapi lebih praktikal dalam memenuhi keperluan rakyat untuk perumahan segera, ruang kerja dan juga kemudahan rekreasi. Namun, untuk negara yang beriklim panas dan lembap seperti Malaysia, keraguan utama dari segi keadaan fizikal kontena menyebabkan penggunaannya tidak begitu meluas dan agak terbatas di sini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis pembangunan komersial yang menggunakan kontena di Johor Bahru dan mengkaji cabaran dan kekangan dalam mengaplikasikan konsep ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis temu bual bersama pegawai-pegawai daripada Majlis Perbandaran dan Bandaraya Johor Bahru dan penggunaan Web Portal Gunatanah Negeri Johor (GeoJOHOR) untuk membantu dalam mengenalpasti jenis pembangunan komersial yang menggunakan kontena di Johor Bahru. Kaedah analisis tematik beserta pemerhatian bermaklum bagi maklumat yang diperolehi melalui temu bual bersama dengan 4 orang pemilik atau pengurus bangunan komersial berkonsepkan kontena. Kajian ini difokuskan terhadap harta tanah komersial di Johor Bahru. Di akhir kajian ini, penyelidik telah didedahkan, pemaju dan individu yang berminat membina bangunan kontena, pihak swasta dan pihak kerajaan lebih lanjut tentang jenis-jenis pembangunan komersial di Johor Bahru dan cabaran dan kekangan dalam mengaplikasikan penggunaan kontena terutamanya untuk kegunaan komersial.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Kontena, Pembangunan, Harta Tanah Komersial
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 04 Mar 2018 14:09
Last Modified: 04 Mar 2018 14:09
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/519

Actions (login required)

View Item View Item