KESAN PERLOMBONGAN BAUKSIT TERHADAP NILAI HARTANAH KEDIAMAN DI BUKIT GOH KUANTAN, PAHANG

ZULKFLE, MOHAMAD NORZAMIR (2017) KESAN PERLOMBONGAN BAUKSIT TERHADAP NILAI HARTANAH KEDIAMAN DI BUKIT GOH KUANTAN, PAHANG. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
MOHAMAD NORZAMIR AKMAL BIN ZULKFLE AP140024 (24PAGES).pdf

Download (310kB) | Preview

Abstract

Rumah kediaman merupakan harta yang amat penting dan bernilai kepada seluruh masyarakat. Nilai hartanah kediaman adalah berbeza mengikut jenis dan lokasi sesuatu pembangunan. Kajian terdahulu mendapati bahawa pencemaran di sekitar kawasan perumahan tersebut telah memberi impak kepada nilai hartanah kediaman tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perubahan nilai hartanah kediaman yang berlaku sebelum dan selepas berlakunya pencemaran bauksit di Bukit Goh Kuantan, Pahang. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti mempengaruhi kepada perubahan nilai hartanah kediaman di Bukit Goh. Antaranya adalah seperti faktor lokasi, demografi, peningkatan kadar permintaan, dan lain-lain. Focus kajian ini adalah untuk melihat samada pencemaran disebabkan oleh perlombongan bauksit memberi kesan kepada nilai hartanah kediaman dan impak sosial di kawasan tersebut. Kaedah kuantitatif telah digunakakan sebagai kaedah kajian bagi mengumpulkan data sekunder dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara Pahang (NAPIC). Selain itu kajian ini juga menggunakan borang soal selidik yang diberikan kepada penduduk di sekitar Taman Bukit Goh Perdana adalah menggunakan kaedah kuantitatif untuk menganalisis data yang diperoleh daripada borang soal selidik serta menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa penurunan kadar transaksi sebanyak 62.5% pada tahun 2016 daripada tahun 2015 kerana tahun tersebut aktiviti perlombongan bauksit bergiat aktif. Kadar maklumbalas penduduk kawasan Bukit Goh Perdana juga adalah negatif terhadap impak sosial akibat perlombongan bauksit.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Nilai hartanah kediaman, pencemaran, impak sosial
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 21 Feb 2018 15:52
Last Modified: 21 Feb 2018 15:52
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/525

Actions (login required)

View Item View Item