KAJIAN TERHADAP APLIKASI PENILAIAN PASCA MENDUDUKI BAGI BANGUNAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI JOHOR

ZULKAPLI, SYAZWAN NAZMI (2018) KAJIAN TERHADAP APLIKASI PENILAIAN PASCA MENDUDUKI BAGI BANGUNAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI JOHOR. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AP140474 - SYAZWAN NAZMI BIN ZULKAPLI.pdf

Download (511kB) | Preview

Abstract

Penilaian pasca menduduki (POE) merupakan sistem penilaian yang bersistematik yang melibatkan penilaian prestasi tentang bangunan digunakan yang menilai aspek-aspek kritikal. Penilaian tersebut juga boleh digunakan sebagai kriteria dan panduan reka bentuk untuk bangunan yang akan datang. Permasalahan kajian ini ialah pengurusan fasiliti kurang sempurna menyebabkan POE ini perlu dilakukan dan kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan tidak dititikberatkan menyebabkan banyak kerosakan berlaku. Objektif kajian ialah mengenalpasti pelaksanaan sistem POE dalam bangunan IPT di Johor dan mencadangkan strategi dalam meningkatkan pelaksanaan sistem POE dalam bangunan IPT di Johor. Skop kajian ini menumpukan kepada 3 institusi bangunan IPT di Johor iaitu Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Politeknik Premier Ibrahim Sultan (PPIS). Metodologi kajian adalah kaedah kualitatif iaitu temubual responden yang dipilih dari pihak pembangunan dan pengurusan hartabina (PPH) di setiap institusi yang terpilih. Kaedah analisis yang digunakan adalah analisis kandungan. Hasil dapatan menunjukkan pelaksanaan sistem penilaian pasca menduduki dalam bangunan IPT dan strategi dalam meningkatkan pelaksanaan sistem POE dalam bangunan IPT. Justeru, beberapa cadangan dikemukan bagi membantu mencapai hasrat untuk melaksanaakan sistem POE ini pada bangunan IPT di Johor. Kajian ini memberikan manfaat kepada pihak pengurusan atasan di setiap institusi pengajian tinggi di Johor dari segi pelaksanaan sistem POE yang terbaik dan strategi dalam meningkatkan pelaksanaan sistem POE ini.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 06 Mar 2018 11:52
Last Modified: 06 Mar 2018 11:52
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/536

Actions (login required)

View Item View Item