HUBUNGAN ANTARA STRUKTUR ORGANISASI DAN PRESTASI KERJA DI KALANGAN JURURAWAT KPJ

Mohd Taufik Won, Mohammad Danny Syafiq Won (2018) HUBUNGAN ANTARA STRUKTUR ORGANISASI DAN PRESTASI KERJA DI KALANGAN JURURAWAT KPJ. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
MOHAMMAD DANNY SYAFIQ WON (AP140220).pdf

Download (334kB) | Preview

Abstract

Struktur organisasi adalah komponen penting dalam pengurusan organisasi yang berkesan. Struktur organisasi juga memberi implikasi terhadap pembahagian dan penyelarasan kerja di kalangan ahli-ahli organisasi bagi mencapai objektif organisasi. Kajian lepas mendapati bahawa struktur organisasi yang berbeza mempunyai kesan yang berbeza terhadap prestasi kerja. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan struktur organisasi (centralization, formalization, dan specialization) dan prestasi kerja. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data di syarikat Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) di Johor dan Seremban. Responden dipilih mengunakan persampelan bertujuan. Data juga dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Versi 23. Kajian ini menunjukkan bahawa struktur organisasi mempunyai kesan ke atas prestasi kerja. Ini kerana nilai pekasi korelasi , r=0.576 yang mewakili hubungan yang sederhana diantara item yang dikaji. Manakala, nilai signifikasi, p=0.000 iaitu kurang daripada 0.05. Oleh itu, ini membuktikan bahawa terdapat hubungan positif di antara struktur organisai dan prestasi kerja. Hasil kajian ini dapat membantu majikan dan ahli akademik memahami hubungan antara struktur organisasi dan pretasi kerja.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: struktur organisasi; prestasi kerja
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 14 Feb 2018 17:16
Last Modified: 14 Feb 2018 17:16
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/539

Actions (login required)

View Item View Item