FAKTOR DAN LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN MAUT TERHADAP PEKERJA ASING DI TAPAK BINA

Basirun, Nur Adiibah (2018) FAKTOR DAN LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN MAUT TERHADAP PEKERJA ASING DI TAPAK BINA. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
AP140303 (NUR ADIIBAH BINTI BASIRUN).pdf

Download (805kB) | Preview

Abstract

Kepesatan dalam industri pembinaan kini, telah menyebabkan peningkatan kadar kemalangan maut terhadap pekerja asing di tapak bina pada setiap tahun. Kemalangan maut yang sering terjadi perlu diberikan perhatian oleh pihak kontraktor agar tindakan mengatasi kemalangan dan kematian pekerja asing di tapak bina dapat diambil. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor peningkatann kemalangan maut terhadap pekerja asing di tapak bina dan untuk mengkaji langkah pencegahan kemalangan maut terhadap pekerja asing di tapak bina. Data yang diperolehi dari kaji selidik telah digunakan untuk menentukan jenis-jenis faktor dan langkah kemalangan maut pekerja asing di tapak bina. Metodologi yang telah digunakan untuk mencapai objektif kajian ini adalah melalui kaji selidik. Skop kajian ini tertumpu kepada kontraktor G7 di tapak pembinaan di Johor Bahru. Hasil analisis menunjukkan bahawa faktor utama menyebabkan berlakunya kemalangan maut pekerja asing adalah tidak memberikan perhatian, leka dan cuai di tapak bina. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa langkah pencegahan adalah pihak atasan perlu memastikan jurutera dan penyelia tapak sentiasa melakukan analisa dan pengawasan keselamatan bagi memastikan setiap pekerja mematuhi peraturan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan berlakunya kemalangan maut di tapak bina. Kajian ini akan membantu pihak kontraktor untuk menentukan tindakan pencegahan atau langkah yang perlu diikut supaya dapat mengadakan program keselamatan yang lebih baik dan mencapai matlamat yang mengurangkan jumlah kemalangan maut ditapak pembinaan selama projek dijalankan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 11:29
Last Modified: 05 Mar 2018 11:29
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/542

Actions (login required)

View Item View Item