MOTIVASI INSTRINSIK DAN EKSTRINSIK DALAM KALANGAN STAF UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Fadzil, Nurul Fathiah (2018) MOTIVASI INSTRINSIK DAN EKSTRINSIK DALAM KALANGAN STAF UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
Nurul Fathiah Binti Fadzil (AP140140).pdf

Download (297kB) | Preview

Abstract

Motivasi adalah merupakan suatu dorongan kehendak yang menyebabkan seseorang melakukan sesuatu perlakuan untuk mencapai tujuan tertentu. Masalah berkaitan pusing ganti dan kepuasan bekerja menjadi isu di UTHM dan kesan ke atas prestasi pekerja memerlukan perhatian lanjut mengenai dorongan yang diperlukan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap dan perbezaan motivasi intrinsik dan ekstrinsik di kalangan staf UTHM. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif iaitu melalui tinjauan yang telah dijalankan ke atas 400 orang dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Sebanyak 400 borang soal selidik diedarkan kepada staf yang terdiri daripada staf akademik dan staf pentadbiran UTHM. Walaubagaimanapun, hanya 159 borang soal selidik yang dapat dikumpulkan kembali. Kadar respon sebanyak 159 borang soal selidik dianalisis secara analisis kuantitatif yang menggunakan kaedah secara deskriptif dan secara inferensi. Hasil kajian mendapati, tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik adalah sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan tiada perbezaan diantara motivasi intrinsik dan ekstrinsik di kalangan staf akademik dan staf pentadbiran tetapi motivasi intrinsik mempunyai nilai signifikan yang lebih tinggi berbanding motivasi ekstrinsik. Kajian ini dapat dirumuskan bahawa tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik di UTHM adalah sederhana dan tiada perbezaan motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam kalangan staf UTHM.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 01 Mar 2018 18:22
Last Modified: 01 Mar 2018 18:22
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/548

Actions (login required)

View Item View Item