TINGKAHLAKU TERHADAP PENGGUNAAN KAD PAYWAVE DALAM KALANGAN PENGGUNA DI KUALA LUMPUR

Raja Zaharudin, Raja Zahrul Azha (2018) TINGKAHLAKU TERHADAP PENGGUNAAN KAD PAYWAVE DALAM KALANGAN PENGGUNA DI KUALA LUMPUR. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
Raja Zahrul Azha bin Raja Zaharudin (AP 140521).pdf - Published Version

Download (571kB) | Preview

Abstract

Kad paywave adalah kad yang unik dan revolusioner yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran tanpa sentuh dengan lebih cepat. Ia berfungsi sebagai kad kredit, debit atau prabayar, dan boleh diaktifkan pada telefon bimbit atau pelekat. Namun begitu, kelemahan sistem paywave dari aspek kecurian data telah dipersoalkan oleh kesatuan pekerja bank dan sehingga hari ini tiada jaminan diberikan oleh Bank Negara atau institusi perbankan yang lain terhadap isu ini. Oleh yang demikian, kajian ini telah dibangunkan untuk mengenalpasti tahap penggunaan kad paywave dalam kalangan pengguna di Kuala Lumpur, selain mengenalpasti hubungan di antara keselamatan data dan privasi data dengan tingkahlaku terhadap penggunaan kad paywave. Alat pengukuran adalah berdasarkan kepada skala yang ditubuhkan sebelum ini dalam kajian terdahulu untuk mengukur keselamatan, privasi dan tingkahlaku. Sebanyak 204 data telah dikumpulkan melalui soal selidik yang diedarkan secara serahan tangan dan digunakan dalam analisis statistic menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan kad paywave dalam kalangan pengguna di Kuala Lumpur adalah sederhana. Selain itu, didapati terdapat hubungan yang signifikan di antara keselamatan dan privasi data dengan tingkahlaku terhadap penggunaan kad paywave. Kesimpulannya, hasil kajian ini dapat menyumbang dalam peningkatan pengetahuan dan kefahaman berkaitan penggunaan kad paywave dan memberi beberapa sumbangan dari segi praktikal untuk digunakan oleh institusi perbankan dan pembuat dasar dalam proses mereka untuk meningkatkan penggunaan kad paywave dalam kalangan pengguna. Akhir sekali, beberapa limitasi yang memberi ruang dan arah kepada penyelidikan di masa hadapan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 11 Feb 2018 14:31
Last Modified: 11 Feb 2018 14:34
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/549

Actions (login required)

View Item View Item