FAKTOR YANG MENJADI DAYA TARIKAN PENGUNJUNG KE GAMBANG WATER PARK DAN SAFARI PARK

Nik Alias, Nik Syamimi (2018) FAKTOR YANG MENJADI DAYA TARIKAN PENGUNJUNG KE GAMBANG WATER PARK DAN SAFARI PARK. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
E-thesis Nik Syamimi Binti Nik Alias Ap140217 Faktor Yang Menjadi Daya Tarikan ke Gambang Water Park Dan Safari Park.pdf - Published Version

Download (296kB) | Preview

Abstract

Sektor pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Walau bagaimanapun, kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan yang dijalankan melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi di dalam dan luar negara. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, kemudahan awam, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong atau pengunjung yang melawat ke pusat pelancongan. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti hubungan di antara faktor mulut ke mulut (word of mouth), perkhidmatan, lokasi dan interaksi sosial dengan daya tarikan ke Gambang Water Park dan Safari Park. Sejumlah 130 data telah diperolehi dan digunakan dalam analisis statistik menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Analisis yang digunakan adalah analisis deskriptif dan juga korelasi untuk menjawab objektif kajian. Hasil analisis membuktikan bahawa kesemua faktor yang dikaji mempunyai hubungan yang signifikan dengan daya tarikan ke Gambang Water Park dan Safari Park. Kajian ini penting kerana dapat menyumbang dalam peningkatan pengetahuan dan kefahaman berkaitan faktor-faktor yang menyumbang kepada tarikan pengunjung ke pusat pelancongan. Selain itu, ianya juga dapat membantu pihak kerajaan dan pembuat dasar dalam merangka program bagi memastikan industri pelancongan di Malaysia terus berkembang dan memberi pulangan yang lumayan kepada pendapatan rakyat dan negara.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Business Management
Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 11 Feb 2018 14:29
Last Modified: 11 Feb 2018 14:29
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/552

Actions (login required)

View Item View Item