FAKTOR DOMINAN PELAJAR KE ARAH BIDANG KEUSAHAHAWANAN: PERBANDINGAN ANTARA PELAJAR KEJURUTERAAN DAN BUKAN KEJURUTERAAN

AMAN, NUR INANI SYAZWANI (2018) FAKTOR DOMINAN PELAJAR KE ARAH BIDANG KEUSAHAHAWANAN: PERBANDINGAN ANTARA PELAJAR KEJURUTERAAN DAN BUKAN KEJURUTERAAN. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
NUR INANI SYAZWANI BINTI AMAN (AP140261) Faktor Dominan Pelajar Ke Arah Bidang Keusahawanan (Perbandingan Antara Faktor Kejuruteraan Dan Bukan Kejuruteraan).pdf

Download (707kB) | Preview

Abstract

Bidang keusahawanan di peringkat pengajian adalah perlu sebagai satu proses pendedahan untuk menerapkan ciri-ciri budaya keusahawanan dalam diri pelajar. Ini adalah sebagai persediaan selepas menamatkan pengajian untuk menceburi bidang keusahawanan. Pengkhususan dan kepakaran yang diperoleh dalam sesuatu bidang semasa pengajian kadangkala tidak dapat menjamin seseorang itu mendapat kerjaya yang diidamkan. Oleh itu, ciri-ciri keusahawanan harus disemai dalam diri pelajar melalui pendidikan supaya mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti faktor dominan pelajar ke arah bidang keusahawanan dan perbandingan antara pelajar kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Tinjauan adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 599 orang pelajar daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kadar pemulangan adalah sebanyak 40% dan dianalisis menggunakan IBM statistical package for the social science (SPSS) versi 22.00. Dapatan kajian mendapati bahawa Faktor Motivasi dan Kemahiran berada pada tahap yang tinggi terhadap kecenderungan keusahawanan manakala Faktor Sikap dan Faktor Pendidikan Keusahawanan berada di tahap sederhana. Rumusan bagi kajian ini adalah, pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempunyai kecenderungan terhadap bidang keusahawanan melalui Faktor Motivasi dan Kemahiran. Kajian ini diharapkan dapat membantu dan dimanfaatkan oleh pihak penggubal kokurikulum IPTA dan IPTS dalam usaha untuk meningkatkan lagi kecenderungan pelajar dalam bidang keusahawanan.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: keusahawanan, usahawan, motivasi, sikap, kemahiran, pendidikan keusahawanan.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 01 Mar 2018 18:24
Last Modified: 01 Mar 2018 18:24
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/573

Actions (login required)

View Item View Item