Strategi Pemilihan Pembekal Hijau Dalam Kalangan Syarikat Pembuatan Di Batu Pahat

Mohd Halim, Noor Iznie Zuraine (2018) Strategi Pemilihan Pembekal Hijau Dalam Kalangan Syarikat Pembuatan Di Batu Pahat. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (25 pages)
iznie pdf.pdf - Published Version

Download (240kB) | Preview

Abstract

Pemilihan pembekal merupakan suatu masalah kompleks yang membabitkan pelbagai kriteria kualitatif dan kuantitatif. Masalah ini menjadi rumit apabila faktor kelestarian alam sekitar perlu di ambil kira dalam pemilihan pembekal untuk mengurangkan kesan negatif aktiviti sesebuah rantaian bekalan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji strategi yang diamalkan oleh syarikat pembuatan dalam pemilihan pembekal. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk memahami strategi pemilihan pembekal hijau yang diamalkan oleh dua syarikat pembuatan di Batu Pahat. Kajian ini menggunakan kaedah temuduga berstruktur iaitu berdasarkan kajian kes untuk memahami strategi dan kriteria yang penting bagi pemilihan pembekal. Secara umumnya, kajian ini dapat memberi faedah kepada pihak pembekal dan pihak syarikat atau peniaga untuk meningkatkan strategi mengenai pemilihan pembekal. Hal ini dapat dilihat apabila strategi dalam pemilihan pembekal dapat diamalkan dengan baik dan menerapkan nilai-nilai hijau dalam proses pemilihan. Melalui dapatan kajian, pengkaji telah mengetahui strategi dan kriteria yang digunakan dalam pemilihan pembekal hijau. Selain itu, pengkaji juga telah dapat mengenalpasti bagaimana elemen hijau boleh diterapkan dalam strategi pemilihan pembekal.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Pemilihan pembekal hijau, Kriteria pemilihan, Strategi, Pembangunan lestari
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 13 Feb 2018 17:14
Last Modified: 13 Feb 2018 17:14
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/579

Actions (login required)

View Item View Item