KAJIAN FAKTR-FAKTOR PENYEBAB PROJEK PERUMAHAN MEWAH TERBENGKALAI

HAMZAH, FATIN NABILAH (2018) KAJIAN FAKTR-FAKTOR PENYEBAB PROJEK PERUMAHAN MEWAH TERBENGKALAI. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (25 PAGES)
FATIN NABILAH BINTI HAMZAH (AP140407) 25 pages.pdf - Published Version

Download (630kB) | Preview

Abstract

Permintaan yang tinggi terhadap industri pembinaan perumahan ini membuatkan banyak pemaju dan kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender untuk projek perumahan. Namun, sesetengah pemaju tidak dapat menyiapkan projek mengikut tempoh penjualan dan pembelian yang ditetapkan hingga mengakibatkan projek perumahan tersebut terbengkalai. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab projek perumahan mewah terbengkalai dan strategi-strategi yang diambil oleh pihak kerajaan tempatan untuk mengatasi masalah ini. Data diperoleh dengan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah soal selidik dan temubual. Sebanyak 66 responden memberikan maklum balas terhadap borang soal selidik yang diedarkan dan seramai tiga (3) responden dari pihak kerajaan tempatan telah ditemubual. Berdasarkan data yang diperolehi, bagi kaedah soal selidik, faktor dari berlakunya perubahan dari segi lukisan hingga mengakibatkan beberapa jenis bahan mentah yang digunakan turut berubah merupakan faktor yang paling tinggi skor min iaitu 3.030 dengan sisihan piawainya sebanyak 0.859. Manakala faktor dari sesebuah syarikat tersebut tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik merupakan faktor yang paling rendah skor min iaitu 1.879 dengan sisihan piawainya sebanyak 0.953. Bagi kaedah temubual, salah satu strategi untuk mengatasi iaitu memperketatkan undang-undang, ketiga-tiga responden yang telah ditemubual mempunyai pendapat yang sama iaitu memperketatkan undang-undang merupakan luar daripada bidang kuasa pihak kerajaan tempatan. Hasil dapatan kajian ini adalah membuktikan bahawa faktor-faktor yang mengakibatkan projek perumahan mewah terbengkalai dapat dikurangkan menerusi strategi-strategi pihak kerajaan tempatan. Akhir sekali, beberapa cadangan untuk kajian lanjutan diperlukan supaya kekangan dalam kajian ini dapat diatasi.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Projek perumahan, terbengkalai, perumahan mewah
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:49
Last Modified: 05 Mar 2018 16:49
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/583

Actions (login required)

View Item View Item