APLIKASI ‘FACEBOOK’ SEBAGAI MEDIUM PEMASARAN HARTA TANAH

AHMAD DAMANHURI, NURUL IZZATI (2017) APLIKASI ‘FACEBOOK’ SEBAGAI MEDIUM PEMASARAN HARTA TANAH. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text (24 pages)
final pdf 24.pdf - Published Version

Download (732kB) | Preview

Abstract

Facebook diasaskan pada tahun 2004 dengan misinya untuk memberi manusia kuasa untuk berkongsi dan menjadikan dunia lebih terbuka dan berhubung. Selain itu, Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Oleh itu, apabila penyebaran tentang barangan terbaru atau pembangunan perniagaan, ianya lebih mudah. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan oleh agensi harta tanah untuk mempromosikan jualan harta tanah mereka. Namun, perniagaan Facebook juga menyebabkan pengguna ragu- ragu dengan kredibiliti agensi harta tanah yang tidak berdaftar atau palsu. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kepentingan aplikasi Facebook sebagai medium pemasaran harta tanah dan untuk mengetahui cabaran pengguna terhadap pemasaran harta tanah di Facebook. Kajian akan dilakukan melalui kaedah atau proses temu bual secara rawak kepada pihak agensi harta tanah yang mengaplikasikan pemasaran di Facebook untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang dibentuk. Selain itu, borang soal selidik juga diedarkan kepada pengguna Facebook untuk mendapatkan maklumat berkaitan tahap keberkesanan pemasaran harta tanah melalui aplikasi Facebook diguna pakai bagi mencapai objektif yang telah dinyatakan. Hasil kajian mendapati bahawa Facebook merupakan kepentingan masa kini dalam memasarkan pemasaran harta tanah serta cabaran utama bagi pengguna dalam membuat pembelian di Facebook adalah bimbang akan maklumat peribadi diceroboh. Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak berkepentingan seperti pihak agensi jualan harta tanah dan pengguna Facebook.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: PSM Coordinator BPD
Date Deposited: 20 Feb 2018 23:58
Last Modified: 20 Feb 2018 23:58
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/584

Actions (login required)

View Item View Item