GANGGUAN MEDIA SOSIAL DAN STRES DI KALANGAN ANGGOTA POLIS DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH KLUANG

Samsuri, Kamal Haziq (2018) GANGGUAN MEDIA SOSIAL DAN STRES DI KALANGAN ANGGOTA POLIS DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH KLUANG. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
KAMAL HAZIQ BIN SAMSURI AP140462.pdf

Download (96kB) | Preview

Abstract

Media sosial memberi kemudahan kepada masyarakat dalam urusan seharian. Ianya boleh didefinisikan sebagai sebuah teknologi atas talian yang membolehkan masyarakat saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa batasan ruang dan waktu untuk berkongsi maklumat. Walaubagaimanapun, media sosial juga memberi kesan negatif seperti gangguan media sosial sehingga menyebabkan pekerja stres. Stres adalah tindak balas terhadap persepsi psikologi individu yang boleh menimbulkan tekanan emosi. Statistik kajian lepas menunjukkan bahawa 1.5% produktiviti dalam sebuah syarikat berkurang sekiranya pihak majikan membenarkan pekerja bawahan melayari pelbagai jenis akaun laman sosial. Selain itu, mesej-mesej negatif atau ugutan dari rakan-rakan laman sosial kepada seseorang itu boleh mengakibatkan seseorang itu berasa stres. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap gangguan media sosial, mengenalpasti tahap stres di kalangan pekerja dan mengenalpasti hubungan antara media sosial dan stres. Seterusnya, dapatan maklumat kajian akan diperolehi melalui kaedah kuantitatif iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik kepada pekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang. Seterusnya, kajian juga menggunakan IBM Statisical Package for Social Science (SPSS) Version 21 bagi menjimatkan masa dalam menyempurnakan kajian. Kajian menjangkakan bahawa media sosial mempunyai hubungan dengan tahap stres pekerja. Secara keseluruhannya, hasil kajian akan memberi pendedahan maklumat tentang gangguan media sosial dan stres kepada penyelidik atau ahli akademik pada masa akan datang. Selain itu, mendedahkan idea-idea penyelesaian masalah untuk mengurangkan kadar stres akibat daripada gangguan media sosial.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 14 Feb 2018 17:14
Last Modified: 14 Feb 2018 17:14
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/586

Actions (login required)

View Item View Item