HUBUNGAN ANTARA IKLIM KREATIVITI DENGAN PRESTASI KERJA DALAM KALANGAN PEKERJA DI SEKTOR PEMBUATAN

Ghazali, Nur Farah Faherra (2018) HUBUNGAN ANTARA IKLIM KREATIVITI DENGAN PRESTASI KERJA DALAM KALANGAN PEKERJA DI SEKTOR PEMBUATAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Other (25 pages)
HUBUNGAN ANTARA IKLIM KREATIVITI DENGAN PRESTASI KERJA DALAM KALANGAN PEKERJA DI SEKTOR PEMBUATAN.pdf - Published Version

Download (348kB) | Preview

Abstract

Iklim kreativiti melibatkan ransangan terhadap pekerja untuk menjadi lebih kreatif di dalam sesebuah organisasi. Iklim tempat kerja yang baik boleh memberi peningkatan kepada prestasi kerja secara tidak langsung. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap iklim kreativiti dalam organisasi di sektor pembuatan, tahap prestasi kerja dalam kalangan pekerja dalam sektor pembuatan, dan mengenalpasti hubungan antara iklim kreativiti dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja di sektor pembuatan. Kajian ini dijalankan secara kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data daripada yang dipilih menggunakan persampelan kesediaan. Responden kajian ini terdiri daripada 349 orang pekerja kilang di sektor pembuatan. Walaubagaimanapun, hanya 186 orang responden yang berjaya menjawab dan memulangkan semula borang soal selidik dengan sempurna. Hasil kajian menunjukkan tahap iklim kreativiti adalah pada tahap sederhana dan prestasi kerja pada tahap yang rendah. Data kajian dianalisis menggunakan Statiscal Package for Social Science (SPSS) di mana analisa secara deskriptif dan korelasi digunakan untuk menentukan tahap dan hubungan antara iklim kreativiti dan presatsi kerja. Dimensi yang menunjukkan tahap persekitaran yang sederhana adalah ciri-ciri kerja, sokongan pengurusan, sokongan rakan sekerja, keselamatan, kepelbagaian dan proses dan sistem organisasi. Di samping itu, perkaitan antara iklim kreativiti dan tahap prestasi kerja adalah signifikan dengan nilai kolerasi, r = 0.179*.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Iklim kreativiti, prestasi kerja
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 14 Feb 2018 17:34
Last Modified: 14 Feb 2018 17:34
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/588

Actions (login required)

View Item View Item