KAJIAN STRATEGI PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SEKITAR NEGERI JOHOR

MOHD ABD HAMID, NURHAMIZA (2017) KAJIAN STRATEGI PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SEKITAR NEGERI JOHOR. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM).

[img]
Preview
Text (25 PAGES)
NURHAMIZA BINTI MOHD ABD HAMID AP140448 (25 PAGES).pdf - Published Version

Download (559kB) | Preview

Abstract

Projek perumahan terbengkalai adalah salah satu masalah terbesar dalam industri perumahan di Malaysia. Isu projek perumahan terbengkalai seringkali dikaitkan dengan kegagalan atau ketidaksanggupan pihak pemaju bagi meneruskan pembinaan projek perumahan tersebut. Sehingga suku pertama 2017, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaporkan terdapat 65 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 17 projek dalam proses pemulihan, manakala 48 projek lagi dalam perancangan pemulihan. Apabila sebuah syarikat pemaju perumahan itu diisytiharkan digulung, urusan dan perniagaan syarikat itu diambil alih sama ada oleh pelikuidasi swasta atau sementara. Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji pendekatan dan strategi bagi proses pemulihan projek perumahan terbengkalai. Kaedah temubual separa berstruktur telah dijalankan. Kes kajian terdiri daripada tiga buah projek perumahan terbengkalai di Johor. Responden kajian ini terdiri daripada pemaju terpilih serta kakitangan jabatan kerajaan yang terlibat. Di akhir kajian ini, penyelidik mendapati strategi yang telah digunapakai oleh pihak pemaju dan kerajaan telah dapat menyelesaikan perumahan terbengkalai hampir 20 tahun. Dengan terbuktinya pendekatan dan strategi yang digunapakai oleh pihak pemaju dan pihak kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini, ia perlu dilaksanakan dengan lebih efisien. Hasil daripada kajian ini juga mendapati secara umumnya pendekatan yang digunakan berupaya membantu pihak berwajib melaksanakan dasar-dasar dan merumuskan pendekatan-pendekatan undang-undang bagi mengelakkan masalah yang sama daripada berulang.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Real Estate Management
Date Deposited: 21 Feb 2018 16:08
Last Modified: 21 Feb 2018 16:08
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/590

Actions (login required)

View Item View Item