KEBERDAYAAN SUMBANGAN WAKAF PENDIDIKAN DALAM KALANGAN STAF MUSLIM UTHM

Sheik Mohd Sabar, Sheikh Zai'm Zamharir (2018) KEBERDAYAAN SUMBANGAN WAKAF PENDIDIKAN DALAM KALANGAN STAF MUSLIM UTHM. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
SHEIKH ZAI'M ZAMHARIR BIN SHEIK MOHD SABAR AP140174.pdf

Download (551kB) | Preview

Abstract

Wakaf adalah suatu bentuk ibadah dalam Islam dan ianya juga adalah instrumen kewangan untuk membantu komuniti sesuatu tempat atau negeri untuk membuat kebajikan dan mendapat manfaat daripadanya berasaskan konsep ekonomi kebajikan. Wakaf juga kini mendapat perhatian untuk menjadi salah satu daripada sumber dana Universiti Awam (UA) dalam membiayai kos pengurusan dan operasi pendidikan. Kajian ini akan melihat tahap kefahaman staf Muslim di UTHM terhadap wakaf pendidikan serta mengenal pasti potensi sumbangan wakaf pendidikan dalam kalangan staf Muslim UTHM. Kajian ini adalah kajian kuantitatif menggunakan analisis deskriptif untuk menentukan tahap kefahaman staf Muslim UTHM terhadap wakaf dan potensi untuk berwakaf. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman staf Muslim UTHM terhadap wakaf adalah berada pada tahap yang tinggi dan potensi sumbangan wakaf dapat dilihat dalam tiga aspek iaitu bilangan penyumbang, tempoh menyumbang dan jumlah sumbangan.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: wakaf, potensi wakaf, wakaf IPT, wakaf pendidikan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HB Economic Theory
H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Management and Technology
Depositing User: PSM Coordinator BPA
Date Deposited: 08 Mar 2018 23:13
Last Modified: 08 Mar 2018 23:13
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/592

Actions (login required)

View Item View Item