KAJIAN APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGURUSAN MASA BAGI PROJEK PEMBINAAN

mazlan, hadi hisyamuddin (2018) KAJIAN APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGURUSAN MASA BAGI PROJEK PEMBINAAN. Other thesis, universiti tun hussein onn.

[img]
Preview
Text
AP140172 (HADI HISYAMUDDIN BIN MAZLAN).pdf

Download (357kB) | Preview

Abstract

Industri pembinaan di Malaysia kian berkembang namun pengurusan masa dalam sesuatu projek pembinaan masih tidak dapat diatasi dengan baik. Selain itu sektor pembinaan juga telah terdedah pada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi menguruskan penggunaan masa masih kurang diaplikasikan menyebabkan masih banyak lagi projek-projek yang gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji cabaran dan langkah-langkah dalam penggunaan aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dalam pengurusan masa bagi projek pembinaan. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dimana temubual bersama pihak kontraktor Gred 7 di Johor Bahru yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT). Analisis kandungan dilakukan setelah data kajian diperolehi berdasarkan kepada pengumpulan data yang dilakukan daripada hasil temubual. Hasil kajian ini dapat membantu industri pembinaan di kawasan Johor Bharu dalam mengatasi cabaran dan mengenalpasti langkah-langkah meningkatkan penggunaan aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dalam pengurusan masa. Pada akhir kajian ini penyelidik berharap agar penggunaan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengurusan masa bagi projek pembinaan dapat digunakan secara meluas dalam industri pembinaan di Malaysia. Kesimpulannya, penggunaan aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) ini dapat memberi kesan positif kepada industri pembinaan dalam mewujudkan kualiti kerja yang tinggi.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:53
Last Modified: 05 Mar 2018 16:53
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/602

Actions (login required)

View Item View Item