SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) DALAM PEMBINAAN JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

NORAZAM, PUTRI NUR SHAHIRA AISHAH (2018) SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) DALAM PEMBINAAN JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AP140132 (PUTRI NUR SHAHIRA AISHAH BT NORAZAM).pdf

Download (347kB) | Preview

Abstract

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) merupakan suatu bentuk sistem penilaian untuk mencapai dan mengekalkan keluaran bernilai tinggi kepada keperluan dan memenuhi kehendak pelanggan. Mutakhir ini, SPK telah diimplementasikan secara meluas dalam industri pembinaan dan syarikat di Malaysia. Pelaksanaan SPK di syarikat pembinaan telah memberikan kesan yang positif kepada pengurusan kualiti organisasi syarikat tesebut, tetapi sistem ini masih mempunyai beberapa isu atau permasalahan dalam proses pengimplementasian sistem tersebut, khususnya di peringkat projek. Kajian ini telah dijalankan untuk menilai pemahaman pihak-pihak yang terlibat berkenaan SPK dan mengkaji implikasi pelaksanan SPK dalam projek pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (JSAHMS). Skop kajian telah memfokuskan kepada Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah, Pulau Pinang. Pengumpulan data kajian telah diperolehi dari kajian literature melalui data sekunder iaitu bahan rujukan dan media elektronik. Pengumpulan data primer telah dilakukan dengan kaedah kualitatif melalui temubual bersama responden yang terlibat dalam projek pembinaan JSAHMS. Para responden telah dikumpulkan dari kalangan konsultan, kontraktor dan pemaju. Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh pengkaji , terdapat lebih 50 peratus responden memahami soalan yang diajukan serta pandangan dan persepsi dari responden terhadap SPK di pembinaan JSAHMS mendapat impak yang positif dari responden .

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:33
Last Modified: 05 Mar 2018 16:33
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/608

Actions (login required)

View Item View Item