KAJIAN TAHAP KEBERKESANAN PENGURUSAN PENYELENGGARAAN FASILITI BANGUNAN PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH (PTTA) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

NASARULDDIN, AMJADUDDIN (2018) KAJIAN TAHAP KEBERKESANAN PENGURUSAN PENYELENGGARAAN FASILITI BANGUNAN PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH (PTTA) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AP140495 (AMJADUDDIN BIN NASARULDDIN).pdf

Download (404kB) | Preview

Abstract

Keberkesanan pengurusan penyelenggaraan fasiliti bangunan perpustakaan Tunku Tun Aminah adalah kajian mengenai sejauh mana tahap amalan pengurusan penyelenggaraan fasiliti yang telah dijalankan. Permasalah kajian adalah berlaku perningkatan aduan dari pengguna tentang masalah fasiliti. Oleh itu, objektif pertama kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti langkah atau strategi penyelenggaraan fasiliti yang diamalkan oleh pengurusan penyelenggaraan fasiliti bagi meningkatkan tahap keberkesanan pengurusan penyelenggaraan fasiliti. Objektif kedua adalah mengkaji tahap keberkesanan pengurusan penyelenggaraan fasiliti bangunan perpustakaan Tunku Tun Aminah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Skop kajian ini adalah memberi penumpuan kepada pengurusan penyelenggaraan fasiliti di Perpustakaan Tunku Tun Aminah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dalam kajian ini, penggunaan metodologi kajian kuantitatif dan kualitatif, dimana data dikumpulkan melalui tinjauan soal selidik dan temubual dari pelbagai latar belakang pengguna seperti pelajar, pensyarah, Pejabat Pengurusan Hartabina, dan staf perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM telah digunakan. Perlaksanaan kajian ini telah menemui hasil kajian seperti menilai tahap keberkesanan pengurusan penyelenggaraan fasiliti bangunan perpustakaan UTHM, dan mengenalpasti langkah atau strategi penyelenggaraan fasiliti yang digunakan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan penyelenggaraan fasiliti. Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak yang terlibat di dalam pengurusan penyelenggaran fasilti khususnya bagi fasiliti perpustakaan didalam membuat penambah- baikan kualiti servis pengurusan fasiliti.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:40
Last Modified: 05 Mar 2018 16:40
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/609

Actions (login required)

View Item View Item