AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI STADIUM BOLA SEPAK DI SEKITAR JOHOR

NASRUN, MUHAMMAD AZIZI (2018) AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI STADIUM BOLA SEPAK DI SEKITAR JOHOR. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
MUHAMMAD AZIZI BIN NASRUN (25 PAGES).pdf

Download (597kB) | Preview

Abstract

Kajian amalan terbaik dalam pengurusan penyelenggaraan fasiliti merupakan salah satu kajian yang amat penting untuk dilakukan bagi setiap jenis bangunan yang dibina, supaya kualiti perkhidmatan fasilti di sesuatu bangunan tersebut sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan fasiliti di stadium bola sepak di sekitar Johor. Pengurusan penyelanggaraan fasiliti di stadium yang masih lemah akan memberi impak secara langsung terhadap mutu sukan bola sepak di sesuatau kawasan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan fasiliti di stadium bola sepak di sekitar Johor dan untuk mengkaji langkah- langkah yang proaktif bagi meningkatkan kualiti pengurusan penyelenggaraan fasilti di stadium bola sepak. Kajian ini dijalankan melalui beberapa kaedah iaitu semakan literatur yang berkaitan dengan objektif kajian dan diikuti dengan pengumpulan data melalui kaedah kualitatif dengan menemubual pihak pengurus fasiliti dan pengurus stadium. Hasil kajian ini mendapati Stadium Larkin telah menjalankan amalan terbaik berdasarkan kriteria – kriteria amalan terbaik iaitu dari aspek kaedah, proses dan amalan kerja penyelenggaraan. Bagi stadium Pasir Gudang dan Stadium Kluang masih terdapat beberapa kekurangan dari segi amalan kerja yang di amalkan di mana masih belum boleh diklasifikasikan sebagai amalan terbaik. Beberapa langkah dicadangkan untuk meningkatkan kualiti pengurusan fasiliti di ketiga – tiga stadium iaitu melakukan perbandingan dengan stadium lebih baik, mendidik pengguna, meningkatkan skill pekerja dan sistem online. Kajian ini dapat digunakan bagi meningkatkan kualiti pengurusan penyelenggaraan fasiliti di stadium yang dikaji.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:42
Last Modified: 05 Mar 2018 16:42
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/610

Actions (login required)

View Item View Item