HALANGAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BAGI MENGATASI KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN AWAM DI TERENGGANU

MOHAMAD, AINA AMALINA (2018) HALANGAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BAGI MENGATASI KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN AWAM DI TERENGGANU. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AP140481 (AINA AMALINA BT MOHAMAD).pdf

Download (360kB) | Preview

Abstract

Projek pembinaan sektor awam sering mengalami kelewatan akibat daripada kewujudan pelbagai risiko sepanjang tempoh pelaksanaan projek. Antara halangan dalam pengurusan risiko ialah kelemahan tatacara peranan pihak pengurusan projek pembinaan di bangunan awam menyumbang kepada masalah kelewatan projek Menyedari risiko sebagai elemen yang perlu dihadapi oleh setiap pihak dalam pembangunan projek, maka ia perlu diuruskan dengan baik dan berkesan untuk mengelakkan beberapa faktor yang menyumbang kepada kewujudan risiko yang boleh melewatkan projek. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji halangan dalam pelaksanaan pengurusan risiko yang menyebabkan kelewatan projek pembinaan dalam sektor awam dan mengenalpasti langkah-langkah dalam pelaksanaan pengurusan risiko untuk mengatasi masalah kelewatan projek pembinaan dalam sektor awam. Skop bagi kajian ini adalah dijalankan dalam sektor pembinaan awam di sekitar kawasan Kemaman, Terengganu. Kajian ini dijalankan meliputi semakan literatur yang berkaitan dan diikuti dengan pengumpulan data yang diperolehi melalui kaedah kualitatif dengan menemubual pihak Jabatan Kerja Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat dalam pembinaan sektor awam. Dapatan kajian mendapati bahawa PBT tidak melaksanakan pengurusan risiko secara menyeluruh berbanding JKR yang melaksanakan pengurusan risiko secara menyeluruh dalam projek pembinaan awam. Risiko tersebut merupakan halangan kepada kejayaan projek sekiranya tidak diambil tindakan pencegahan dari peringkat awal projek. Langkah yang proaktif seperti pelaksanaan pengurusan risiko berasaskan surat pekeliling JKR, pelaksanaan pengurusan risiko secara berperingkat dan pelaksanaan pelan pengurusan risiko adalah perlu dilaksanakan di setiap projek pembinaan awam untuk mengelakkan kelewatan projek berlaku. Diharapkan kajian ini dapat membantu pihak yang terlibat dalam projek sektor awam untuk membuat penambahbaikan menguruskan risiko projek dengan lebih efektif bagi mengelakkan kelewatan penyiapan projek.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:41
Last Modified: 05 Mar 2018 16:41
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/611

Actions (login required)

View Item View Item