FAKTOR-FAKTOR MOTIVASI YANG MEMPENGARUHI HASIL KERJA PEKERJA BINAAN

MD NOOR, AISHAH (2018) FAKTOR-FAKTOR MOTIVASI YANG MEMPENGARUHI HASIL KERJA PEKERJA BINAAN. Other thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
AISHAH BINTI MD NOOR AP140050.pdf

Download (424kB) | Preview

Abstract

Industri pembinaan memainkan peranan penting dalam membangunkan negara. Salah satu penggerak kepada aktiviti pembinaan adalah pekerja binaan yang menjalankan kerja-kerja binaan di tapak bina. Namun demikian, timbul isu dimana pekerja di tapak bina kurang bermotivasi dalam menjalankan tugas-tugas mereka serta timbul masalah seperti kualiti hasil kerja yang dihasilkan adalah tidak memenuhi spesifikasi dan piawaian yang dikehendaki oleh klien. Objektif kajian ini adalah bagi mengkaji tahap kepuasan pekerja terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi serta kesannya terhadap hasil kerja di tapak bina dari aspek kualiti, tempoh masa projek dan produktiviti pekerja serta mengenalpasti penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan dalam meningkatkan motivasi pekerja binaan. Kajian ini dijalankan di di Pasir Gudang, Johor dan respondennya adalah pekerja di tapak bina. Kaedah kajian yang telah dijalankan adalah dengan penyebaran borang soal selidik kepada responden dan data telah di analisis dengan menggunakan kaedah analisis data diskriptif. Hasil kajian menunjukkan faktor motivasi yang paling mempengaruhi di tapak bina adalah pengawasan, pembayaran gaji pada masa yang tepat, kerja lebih masa dan hubungan dengan rakan sekerja. Manakala kesan faktor motivasi yang paling mempengaruhi hasil kerja pekerja di tapak bina dari aspek kualiti ialah hubungan dengan rakan sekerja dan pengawasan, dari aspek tempoh masa projek pula keadaan cuaca dan dari aspek produktiviti pekerja ialah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Seterusnya, penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan ialah dengan meningkatkan pengurusan tapak dan penyeliaan untuk mencapai penyiapan kerja dalam masa yang ditetapkan. Kesimpulannya, motivasi pekerja merupakan aspek penting dalam memastikan pekerja mempunyai semangat untuk melakukan sesuatu kerja dengan cekap dan produktif bagi meningkatkan potensi kejayaan sesebuah projek.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Haryati Shafii
Date Deposited: 05 Mar 2018 12:33
Last Modified: 05 Mar 2018 12:33
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/613

Actions (login required)

View Item View Item