PENERIMAAN KONTRAKTOR TERHADAP KONSEP BANGUNAN HIJAU DI BATU PAHAT

ZUHAIMI, AINA SYAFIQA (2018) PENERIMAAN KONTRAKTOR TERHADAP KONSEP BANGUNAN HIJAU DI BATU PAHAT. Bachelor Degree thesis, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
25 PAGES.pdf

Download (236kB) | Preview

Abstract

Konsep bangunan hijau merupakan cabaran baru kepada industri pembinaan. Konsep ini barudiperkenalkan di Malaysia dan semakin diaplikasikan dalam sektor ini. Ia merupakan salah satujalan untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran danpembaziran serta memelihara alam sekitar. Antara masalah yang menyebabkan kajian ini perludilakukan adalah industri pembinaan telah menyumbang kepada pencemaran pada skala besardengan pembebasan gas pencemar udara seperti karbon dioksida dan klorofluorokarbon yangmenyebabkan penipisan lapisan ozon atmosfera. Objektif pertama kajian ini adalah untukmengenal pasti faktor-faktor yang boleh mendorong kontraktor untuk melaksanakan amalanbangunan hijau dalam projek mereka dan pada masa yang sama untuk mengkaji halangan utamaperlaksanaan bangunan hijau. Skop kajian ini dijalankan kepada firma pembinaan di Batu Pahat.Respondennya terdiri daripada 35 orang kontraktor G5-G7. Kaedah kajian yang dijalankanadalah dengan pengedaran borang soal selidik kepada responden dan analisis dilakukan denganmenggunakan kaedah analisis kaedah kuantitatif. Berdasarkan analisis yang dilakukan faktorekonomi yang paling mempengaruhi dalam perlaksanaan bangunan hijau adalah menggalakkanpenggunaan meluas teknologi hijau. Manakala faktor alam sekitar adalah memelihara sumbertenaga dan faktor sosial adalah meningkatkan teknologi bagi melaksanakan bangunan hijaumerupakan faktor yang mendorong perlaksanaan bangunan hijau. Seterusnya, bagi halanganutama perlaksanaan bangunan hijau adalah kekangan kos yang tinggi dan kekurangan tenagakerja mahir. Kesimpulannya, dapat dilihat teknologi bagi perlaksanaan bangunan hijau adalahsatu elemen yang penting dan juga masalah seperti kekangan kos dan masalah kekurangantenaga kerja yang mahir menyebabkan pembinaan bangunan hijau tidak menggalakkan.

Item Type: Thesis (Bachelor Degree)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: PSM Coordinator BPC
Date Deposited: 05 Mar 2018 16:50
Last Modified: 05 Mar 2018 16:50
URI: http://ethesis.uthm.edu.my/id/eprint/619

Actions (login required)

View Item View Item